Lama benar tidak menulis. Lama benar tidak berkongsi. Bukan malas, bukan sibuk, bukan dah kecundang, namun hanya diri ini yang tahu, kenapa khabar minda ini semakin takut untuk terbit menjengah massa.
Mungkin alasan yang paling kukuh ialah, saya baru berpindah rumah. Darul Muttaqin yang baru sebulan diduduki. Kukuh. (padahal, rumah saya di Kelantan juga tak berinternet.)
Sudah banyak benar isu yang saya ketinggalan. Ulasan pertemuan dengan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi juga belum selesai. Isu-isu negara juga tak tersentuh. Semalam, gempar pula dengan cerita tentang watak antagonis bekas AJK Dewan Ulama' PAS dan bekas Prof Madya juga bekas calon Umno di pengkalan Chepa. Ya Allah, tetapkanlah hati kami. Kawan-kawan juga kepelikan melihat laman blog saya yang kian berhabuk.
Khabar Dari Syam
Sudah setahun saya mengikuti sistem pengajian di Jordan, khususnya di Universiti Mu'tah. Sistem yang saya suka dan saya pilih. Suka kerana bagus dan pilih kerana perlu. Berkesan atau tidak, terpulang kepada bagaimana saya memanfaatkan kebaikan yang ada ini.
Banyak cerita yang terpaksa saya skip demi aulawiyyat yang lebih besar. Kisah Minggu Haluan Siswa, kisah kembara mencari rumah, kisah air, kisah coaster, kelas dan kembara ke Abdali, Mafraq dan sebagainya. Semuanya adalah kisah sampingan.
Kalau dulu saya disambut, kini saya yang menyambut. Kalau dulu saya yang menumpang, kini saya memberi tumpang. Dulu, saya hanya peserta, kini sudah menjadimkoordinator. Dulu, saya hanya ahli, kini ada kerusi yang perlu sasa duduki. Dunia terus berpusing di orbitnya. Manusia bertukar ganti, yang tua pergi datang pula si bayi.
Pencerahan
Mengikuti pengajian a.k.a muhadharah di sini cukup menenangkan. Kecuali perangai segelinti arab yang tandus adab dan akhlaq. Ruang perbincangan dibuka seluasnya. Lebih selesa kepada orang seperti saya yang amat tidak suka untuk dicucuk hidung.
Para pensyarah yang cukup alim dan pakar yang berkongsi pendapat dengan bakal alim ulama'. Begitu mungkin gambaran yang saya boleh bawakan untuk anda.
Identiti
Seperti yang selalu berlaku dan sentiasa saya lakukan ialah berhepotesis. Maka, sebelum datang ke Jordan, saya berkira-kira, apakah masalah yang akan timbul? Apakah yang bakal menjadi penghalang utama kepada bakal penuntut seperti saya di luar negara...?
Antara yang sempat saya senaraikan ialah berkaitan dengan identiti. Sejarah Turki atau lebih tepat, Khilafah Uthmaniyyah pernah dilanda krisis yang amat teruka lantaran dari masalah identiti yang timbul dari kalangan anak muda Utmaniyyah yang menuntut di Eropah. Anak muda Uthmaniyyah yang dihantar untuk mencuri teknologi eropah akhirnya menjadi peluru jarak jauh yang kembali memakan tuan apabila mereka balik membawa angin revolusi dari Eropah.
Maka, sedikit sebanyak, masalah itu akhirnya menjadi salah satu punca tumbangnya Uthmaniyyah dari peradaban agung Islam.
Dan hepotesis itu seakan hampir terbukti apabila saya melihat gelagat segelintir teman-teman se-Syariah saya di sini. Kecelaruan identiti yang berlaku memerlukan ubat segera sebelum ia menjadi barah yang tidak terubat tatkala doktor-doktor ini balik untuk merawat ummat kelak.
Perbualan saya dengan seorang murabbi sebelum meninggalkan tanah nusantara memberi kesan yang amat berat dan berharga.
"Kalau nta nak ke Eropah, mungkin pesanan ana ringkas, dan mungkin ana tak perlu banyak berpesan, sebab nta dah ma'aruf dengan fasadnya Eropah dari sudut akidah, dan nta semestinya akan berhati-hati...namun bila nta menuju ke Tanah arab, pesanan ana menjadi sedikit panjang...", begitu mukaddimah perbualan kami di suatu malam.
Konklusi penting yang saya ingin kongsikan ialah, falsafah budaya kuning tafsiran beliau :
"Kalau dulu, kita bimbangkan pelajar yang ke Eopah, namun sekarang tidak, kita lebih bimbangkan pelajar yang ke Tanah Arab...mereka kebanyakkannya tersilap identiti...hilang jati diri, terkeliru dan akhirnya haru biru..Apa yang ada pada arab bukan semuanya baik, juga bukan semunya buruk. Bahkan ada yang pada arab itu lebih teruk dari apa yang ada pada barat. Itu yang payah untuk dihadapi dan dinilai oleh para pelajar di tanah arab. Akhirnya mereka tersilap cedok 'ramuan' dan balik ke Malaysia untuk 'memasak ramuan arab' di tanah melayu...hancur..."
Saya termenung lama untuk menyusun pemahaman secara optimum dari kata-kata guru tersebut. Dan kesimpulan yang saya mampu buat ialah, ramai di kalangan kita yang tersilap posisi..Penyelamat bertukar menjadi mereka yang perlu diselamatkan...Sedih dan sayu mengenangkan hakikat pedih ini...
Baca Juga :
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
IDENTITI...istilah itulah yang membuatkan ana sering termenung lama sejak berhijrah ke syam ini. menyedihkan. berfikir dan mencari formula terbaik how to chage our thinking method.
BalasPadam