Khamis, 15 Julai 2010

Kahwinlah Kawan

Cerita sebegini biasanya panjang. Sememangnya panjang sehingga saya tak tahu, di mana harus dimulakan tulisan ini. Rantaiannya cukup panjang. Plotnya cukup rumit. Andai sejuta kalimah saya gunakan di sini, belum tentu ianya dapat difahami. Maka, kata cerdik pandai, kalam yang baik itu, sedikit kalimahnya, banyak pula 'ibrahnya.

Saya punyai ramai kawan-kawan. Eh, bukan kawan, tapi sahabat-sahabat. Herm, bahkan lebih tepat saya namakan mereka sebagai adik-beradik. Meski bukan adik beradik seketurunan, tapi kami rapat dan mesra. Rindu pastinya menjelma setiap kali kami berpisah.

Namun perpisahan terjadi jua. Kami terlontar ke seantero dunia. Mengutip mutiara-mutiara untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat Malaysia. Jarang benar kami berjumpa. Kekadang di talian, kekadang di impian. Banyaknya, rindu itu hanya kami pendamkan. Kami tahu akan kesibukan kami, bakal Pengurus Dunia.

"Abang, bila nak kahwin..?" Banyak kali pertanyaan itu singgah di anak telinga saya.

"Kenapa ?" saya menjadi kepelikan bila kerap benar ditanya dengan pertanyaan itu. Dah berumurkah saya..?

"Nanti kalau abang dah kahwin, senanglah kami nak menyoroti jalan perjuang abang tu..kalau tidak, kami segan nak mendahului abang kami ni...". Titik. Saya terdiam. Berfikir.

Kawan, kahwinlah bila sudah sampai masanya. Kelayakan kita tak lagi sama. Kemampuan kita juga sentiasa berbeza. Janganlah pula kerana sebuah nilai persahabatan dan penghormatan, kalian lupakan sebuah percintaan dan kasih sayang. Kandamu ini akan bahagia dengan kebahagiaanya adik-adiknya.

p/s : Kepada kawan-kawan yang akan membina masjid dalam tempoh 20 Ogos 2010 sehingga 20 September 2010, saya akan memberi hadiah istimewa kepada kalian. Syaratnya, hanya informasi !

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

3 ulasan:

  1. Teringat perbincangan kita satu ketika dahulu di masjid..;)

    BalasPadam
  2. untuk tarikh tu je ke ada hadiah istimewa. xaci betul... heheh

    BalasPadam
  3. untuk tarikh tu je ke ada hadiah istimewa. xaci betul... heheh

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]