Jumaat, 3 Julai 2009

Nabil Marwan Dalam Kenangan


Nabil Yang sentiasa tersenyum, Moga senyumanmu ke Syurga

Sekembali dari SBPI Rawang, memenuhi undangan adik Muadz untuk berkongsi tentang sebuah tajuk - menguasai diri - dari Kitab Maza Ya'ni, saya menerima satu mesej.

" sahabat yang kita sayangi kerana Allah, Nabil Marwan kini telah kembali ke rahmatullah..innalillah...sedekahkan beliau Al Fatihah dan Al Ikhlas, sekurang-kurangnya..."

Terasa bagai direntap tangkai jantung. Baru sahaja terlintas dibenak perancangan saya untuk menziarahi beliau.

Baru saja terlintas untuk meringankan sedikit beban keluarga beliau.

Kini dia telah kembali di sisi Rabbi..Moga sebagai jundi yang pernah memperjuangkan Deen Ilahi di muka bumi ini.

Tak banyak yang saya kenal tentang beliau. Hanya perkenalan beberapa bulan. Namun akhlaq dan tingkah lakunya menyejukakn hati saya.

Sebagai Rais Dakwah dan Tarbiyyah IQRAC, bersama bacth kepimpinan Luqman.

Tanpa sedari dua figur penting Iqrac mengadap Ilahi.

Amar dan Nabil.

Sahabatku, pergi mu dalam nafas perjuangan..akan kami teruskan sisa yang dikau tinggalkan...

Artikel Sebelum : CITA-CITAKU CINTA

1 ulasan:

  1. "Sesungguhnya kita adalah milik ALLAH, dan kepada ALLAH jualah kita semua akan kembali"

    KITA kehilangan seorang lagi penghafaz Kalamullah al-Quran al-Kareem...
    Beliau seorang pelajar yang amat saya kagumi, sangat menghormati dan berbudi pekerti kepada guru2nya dan rakan2nya...
    Sungguh ALLAH amat menyayanginya... Didoakan semoga roh beliau dirahmati ALLAH dan ditempatkan beliau dikalangan orang2 yang dimuliakan ALLAH! Allahumma Aameen!
    Al-Faatihah seikhlasnya dari saya, dan salam takziah buat ahli keluarga dan teman2 beliau.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]