Sabtu, 31 Januari 2009

Majlis Khatam DQ 2009

Majlis Khatam. Cukup bermakna. Cukup memberi erti. Tapi, hanya kepada mereka yang mahu mengambil pengertian, bukan untuk bergelak ketawa dan bersukaria.


Berpagi saya menjemput ibu dan ayah dari Batang Kali. Sampai di DQ, sessi pengambaran sedang berlangsung. Saya masih sempat di situ. Sempat dan semput. Semput di dada dengan perangai dan akhlaq HUFFAZ yang sudah khatam Al Quran. Biarkan di situ.


Masuk ke dewan selepas perarakan. Berada di atas pentas sedikit padat. Kaki saya kebas sekebasnya. Wah, rasa macam tak berkaki lagi.


Turun kembali ke kerusi biasa. Pengerusi Aqrab, Radhi berucap dengan ucapan yang sarat dengan mesej tersirat dan tersurat. Namun siapa yang akan mengambil pengajaran itu. siapa yang akan menukar pioritinya untuk beramal dengan Al Quran setelah selesai mengkhatamkannya...?


Lebih 300 Huffaz yang lahir pada hari ini. Berapa keratkah yang akan memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya agama..


"ayanqus al diin, wa ana hayyun"


Majlis berakhir. Saya meninjau sahabat-sahabat. Pelbagai reaksi. Ada yang ibunya menangis-nangis mengenangkan anaknya yang kini sudah 'menempah tiket' ke syurga. Bagitu mungkin fikiran mereka.


Ketemui rakan-rakan dan adik-beradik. Bergambar disitu, memahat kenangan abadi.


Mereka bergembira dengan ayah ibu masing-masing. Namun saya segera menjejak sahabat-sahabat yang tidak berkeluarga. memujuk hati mereka sebelum terluka. Sudah tentu sayu rasanya bila yang tersayang ( ibu dan ayah ) tidak bersama pada hari bahagia (khatam).


Membaca pesanan ringkas dari rakan-rakan dalam BUKU MAJLIS KHATAM membuatkan saya menitis air mata. Kat-kata itu benar-benar menggambarkan pribadi. Tafsirkanlah.


Sesungguhnya wahai sahabat ku..terasakan bahawa inilah wahyu terakhir yang menandakan bahawa inilah saatnya dalil yang kita akan terpisah selepas ini. Terasa cukup sayu. Cuku-cukup sayu.


Sebelum bertolak meneruskan perjuangan bersama keluarga ke Klang, saya memeluk erat 'adik beradik' seperjuangan itu...Inni uhibukum fillah..


Moga ketemu di Firdausi..

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]