Jumaat, 9 Januari 2009

Mahasiswa Bersuara : Untukmu Palestin.



Pagi ini, Jumaat 9 Januari 2009, saya selamat tiba di perkarangan Masjid As Syakirin, KLCC. Tak perlu ditanya, sihir apa yang saya guna untuk tiba ke sini selepas kembali ke Kelantan kurang 24 jam yang lalu.

Selepas solat Jumaat, perhimpunan dimulakan. Sepanduk-sepanduk dijulang. Kain hijau hasil titik peluh 'kami' terlilit dikepala anak-anak muda yang sedar akan penyiksaan yang membelenggu saudara mereka di Gazza.

Beberapa pemuda arab berlari-lari melaungkan kalimah semangat,

"Terima kasih Gazzah, kamu telah mengajarku untuk hidup dengan lebih Izzah"
Gemaan takbir memenuhi ruang angkasa sekitar KLCC. Buruh asing ditingkat sepuluh berhenti rehat menyaksikan perarakan raksasa mahasiswa bersejarah pada hari ini.
Perarakan bermula dengan langkah kanan. Menuju ke Kedutaan Mesir, negara arab yang berdarah sejuk. Lemah dan tepu. Mahasiswa akan mengejutkan tidur mereka.
Perjalanan sejauh lebih 3KM itu ditempuh dengan penuh semangat. Laungan doa wehdah dan doa laknat kepada yahudi silih berganti dengan gemaan takbir.
Di kedutaan Mesir, FRU tegak tegap dengan senjata. Mahasiswa terus mara, semangat mereka tetap membara. Kompromi dan toleransi yang baik mendapat pujian dari Presiden GAMIS.
Lima pimpinan front Mahasiswa masuk ke dalam bangunan kedutaan bersama DR Lo' Lo', ahli parlimen yang komited dengan tugas dan perjuangan. Sebelum itu, beliau dengan penuh semangat, membakar bendera Israel diiringi laungan takbir dari demonstrans.
Sebelum perhimpunan berakhir, ucapan dari para pimpinan menegangkan roma mujahidin menanti di Malaysia.
" kami akan hantar mujahidin jika keadaan mendesak..." Takbir...!!
Nun dihadapan kedutaan US, Para pimpinan PAS bersama ribuan lagi mereka yang berkesedaran berhimpun mendesak US menunjukan pendirian mereka dalam isu Palestin dan Israel. Mereka menuntut rakyat supaya menyedari bahawa isu palestin bukanlah isu umat islam, tapi isu kemanusian sejagat. Isu keamanan, isu yang menjadi tema utama US. Di mana Rumah Putih di waktu Palestin teraniaya...?
Isu Palestin, Isu Umat Islam, Isu keadilan, Isu Keamanan, Isu kemanusiaan... Siapa yang sedar..?
Tudinglah jari anda ketika rakyat palestin sedang dituding dengan Barrel M16.
Tudinglah jari anda ketika Israel membidik peluru berpandunya ke pondok usang Palestin.
Kemudian, tidurlah anda sedang saudaramu sedang lena dalam shahid.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]