Selasa, 27 Mei 2008

Idris Yusuf, Aku ingin Sepertinya...

Semalam, 26 MEI 2008. Pembahagian usrah bagi Program Diploma sesi 2008- 2011 berjaya dijalankan dengan jayanya.


Teringat dua tahun yang lepas. Saya di situ berdebar-debar menunggu, bilakah namaku bakal dipanggil oleh Timb. Yang Dipertua waktu itu, Saudara Idris. Dan, apabila tiba saat beliau mengumumkan usrah yang bakal beliau jaga, "Inilah usrah yang paling malang, kerana ana yang menjadi naqib". Ayat yang melunucr pada waktu itu merupakan provokasi sulung yang saya terima dari Naqib yang amat disegani itu.


Saat tangan memegang kertas putih yang tertaip nama-nama pelajar baru, kenangan itu menjelma lalu mengukirkan senyuman dibibir, menutupi riak kesakitan menahan derita perut yang 'meragam'.


Kalau dulu, saya hanya sebagai pendengar, maka pada hari ini, saya sebagai pengumumnya. Dan, langkah pertama saya untuk menjadi 'hero' pada hari ini adalah melalui usrah. Begitu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya. Walaupun hanya sekadar enam bulan bersama naqib, tapi pengajaran dan tarbiyyah yang diberi mampu saya jadikan bekalan sehingga hari ini.

Sebut sahaja Usrah Gegar, boleh dikatakan semua warga DQ mengenali. Mereka tahu kekuatan ukhuwwah kami. Mereka tahu semangat juang kami.


Sesampai di kumpulan terakhir, "Inilah usrah yang paling malang, kerana ana yang menjadi naqib". Ayat azimat itu saya tuturkan. Moga-moga kegemilangan GEGAR akan dapat diteruskan pada generasi ini.


"Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk menjaga dan mentarbiyyah adik-adikku ini".


Mencuri masa lebih kurang 10 minit, saya mulakan usrah pertama. Taaruf ringkas, sedikit perancangan, sedikit 'pukauan'. Tasbih kaffar dan Surah Al-Asr. Maka Usrah kami BERMULA.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]