Sabtu, 15 Oktober 2011

Thaif 2011


Borang permohonan zakat Majlis Agama Islam Kelantan dan borang permohonan pinjaman Yayasan Negeri Kelantan telah dikumpul. Borang-borang ini mesti disahkan di Education Malaysia Jordan sebelum ianya diterbangkan ke Malaysia. Tarikh terakhir untuk dikirim ke Malaysia adalah 14 Oktober 2011.

Saya termenung. Kuliah, duit, peperiksaan dan tanggungjawab. Itu pertimbangan yang timbul dibenak kepala saya. Akhirnya, saya nekad untuk ke Amman selepas kuliah hari Rabu, pulang malamnya untuk rehat sebelum kuliah bermula semula jam 9.00 pagi Khamis.

Khamis, 6 Oktober 2011

Cerita Untuk Datuk Seri


Saya tak pandai menulis surat. Saya hanya pandai bercerita. Blog saya juga adalah blog cerita. Ini cerita baru, ini pula cerita lama kalau sudi untuk dibaca. Cerita ini untuk Datuk Seri Memanda Perdana Menteri Malaysia, tanah air saya. Juga untuk mereka yang sudi menadah telinga dan mata untuk membaca lantas menyebarkannya. Demi agama, bangsa dan negara.

Jumaat akan datang, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pada hari itu, Kabinet akan bersidang, Memanda Perdana Menteri akan membentangkan bajet kewangan bagi tahun 2012. Bajet yang sedia ditunggu oleh seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. 1.3 juta penjawat awam semestinya menjadi orang paling awal tersenyum sambil mendengar bajet diumumkan untuk mereka. Tapi kami...?

Khamis, 29 September 2011

Klinikal Syariah : Bacalah. Hijrahlah.



"Acapnya kamu balik, banyak sangat ke duit kamu?"

"Eh, dah habis belajarkah?"

Dialog ini cukup susah untuk saya terangkan. Jawapannya juga cukup sulit untuk diberi. Ibu pun agak gelisah sehingga merelakan saya tidak pulang bercuti untuk tahun 2012.

Ada orang balik kerana banyak duti. Jangan dilupakan juga, ada yang terpaksa balik sebab tak ada duit. Lupakan soal duit. Saya penuntut ilmu, pencari pengalaman, bukan pencari duit, menuntut emas perak.


Isnin, 12 September 2011

Untuk Kalian Tetamu Syam


Saya tak banyak membantu untuk memudahkan musafir anak Syam sesi ini. Hanya sesekali menjenguk memberi laporan di YIK dan DQ. Beberapa sesi dialog yang diaturkan batal saat-saat akhir. Nota-nota yang perlu saya kongsikan bersama kalian masih saya simpan. Makanya, saat ini saya mencoret sedikit di laman ini sebagai pengganti sesi yang sudah basi.

Saya memilih Dataran Syam dengan bayaran duka, sedih, letih dan air mata. Meninggalkan tawaran untuk berjiran dengan Rasulullah di Jamiah Islam Madinah. Datang bertandang menjadi tetamu Jaafar Al-Tayyaar di Mu'tah dan berguru dengan Salahuddin Al-Ayyubi di Karak.


Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri Dari HASANHUSAINI.COM



Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.

Semoga para pembaca HASANHUSAINI.COM,  ahli keluarga KMKJ, rakan-rakan PERMATA dan MPPMJ, sahabat handai dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa sihat, segar bugar dan terus cemerlang, gemilang, terbilang. Naungan rahmat Allah sentiasa bersama kita yang bertemu dan bersatu hanya keranaNya. 

Ramadhan sangatlah istimewa lantaran datangnya hanya sekali setahun. Begitu juga Aidilfitri yang dianugerah oleh Iahi kepada graduan Ramadhani yang rabbani. Aidilfitri tidak bermakna tanpa Ramadhan. Bergembira di Aidilfitri bukan disebabkan kerana terbebas dari belenggu Ramadhan, akan tetapi kita bergembira kerana telah berjaya kembali kepada fitrah setelah melalui tarbiyyah Ramadhan. Sesungguhnya sesiapa yang bergembira di Aidilfitri lantaran bebas dari Ramadhan, maka samalah mereka dengan makhluq allah yang diciptakan dari api.

Gembira di Aidilfitri mestilah dikahwinkan juga dengan sedihnya kehilangan Ramadhan. Maka, berdoalah kita agar dikurniakan kesempatan untuk ramadhan setetusnya.

Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali kepada fitrah dengan tarbiyyah ramdhan. Taqabbalallhu minna wa minkum ajma'een. Semoga allah menghimpunkan kita di kalangan muttaqeen yang 'aideen dan faaizeen

Ramadhan dirindui, syawal hadiah ilahi. 

Sekian, terima kasih.

HASANHUSAINI,
Nilam Puri, Kelantan.