Sabtu, 25 Ogos 2012

Tips Memandu



Tips memandu jarak jauh

Saban tahun, statistik kemalangan menghantui kita. Malah ada yang trauma untuk memandu di musim perayaan. Saya ada beberapa tips berdasarkan pengalaman memandu dan pembacaan cetek saya.

1. Pilih kedudukan dan waktu yang anda selesa untuk memandu. 

Pemanduan waktu malam kurang meletihkan di samping jalan yang kurang sibuk. Namun ia memerlukan fokus yang lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang hari.


Jika memandu pada waktu siang, sila pakai cermin mata hitam. Kesannya amat ketara. Anda akan lebih tenang.
Posisi selesa untuk pemandu

2. Sediakan air isotonik untuk memulihkan tenaga. Ingat, wuduk juga memulihkan kesegaran anda.


3. Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.


4. Pilih kelajuan yang tenang dan  jarak yang sesuai dan dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap, terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.


5. Berkomunikasi dengan pemandu lain.

- Dim sekali untuk menyapa, dim dua kali untuk memberi isyarat berjaga-jaga.
- Signal ke kiri sebagai isyarat dan memberi laluan kepada kenderaan belakang untuk memotong.
- Signal ke kanan sebagai isyarat kepada kenderaan belakang anda bahawa keadaan tidak sesuai untuk memotong.
- Jangan lupa berterima kasih andai ada kenderaan yang memberi laluan kepada anda untuk memotong dengan menekan hon sependek-pendeknya. atau mengangkat tangan.

6. Elakkan dari menyalakan fog lamp. Nyalaan fog lamp yang terserak luas sangat mengganggu pemandu di hadapan dan pemandu dari hadapan. 


Fog Lamp sangat menggangu pemandu dari hadapan
7. Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana sahaja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain. Jika mengantuk, cuba kenakan air pada muka anda. Sebaiknya berwuduk.


8. Elakkan memandu dengan tetapan Cruise Control pada waktu kenderaan agak sesak dan waktu hujan serta waktu mengantuk.

9. Kalau kereta berhawa dingin, buka tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta anda. Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan serta stress.

Akhirnya, paling penting, bacalah doa ini :

بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
(Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah)
"Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tidak ada daya dan upaya kecuali dari Allah"

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
(Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun)

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

Selamat memandu.
HASANHUSAINI,
Nilam Puri, Kelantan.

2 ulasan:

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]