Isnin, 26 Disember 2011

Dua Dunia Ganti Sang Muraqib

Cinta Sempurna 2010 (versi Jordan)

2010. Tahun pertama di Jordan. Pelbagai idea berlari di kepala saya. Membuak-buak. Melompat ke sana dan ke mari. Jordan Syria bagaikan Batu Caves dan Sri Gombak. Jarak Irbid dan Mu'tah di dekatkan. Hasilnya, terbitlah satu filem pendek yang bertajuk, Cinta Sempurna (Versi Jordan)

Mesejnya, kami sebagai pelajar baru inginkan persekitaran yang lebih kondusif, dan kami ada idea serta kami mampu mencoraknya. Pelakon yang dibariskan adalah Ustaz Hussin Fauzi, Ustaz Wan Awis, Ustaz Hayyi, Ustaz Syaukani dan Ustaz Muhammad. Penampilan istimewa, Ustaz Taufiq dan Ustaz Ariff.

Teguran secara Indirect itu ternyata memberi kesan. Dan saya berazam...idea filem pendek seterusnya adalah,  - SANG MURAQIB.-

Hari demi hari, skrip tertangguh. Ditangguh. Menangguh-nangguh. Beberapa rakaman dasar telah dibuat. Namun, projek iu tidak kesampaian.

DUA DUNIA

Sang Muraqib tertangguh. Sehinggalah suatu hari saya diajak oleh Fadzil, Faiz, Arsyad dan Izwan untuk mengarahkan sebuah filem pendek sempena Mu'tah Charity Dinner, anjuran Biro Kebajikan dan Penempatan, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah.

Saya ingin menepati prinsip show, don't tell. Cerita yang kami sediakan, andalah penggubal pengajarannya. Tanpa menceritakan sinopsisnya, kami mempersilakan anda menyaksikannya. Jemput menonton. Moga dapat manfaatnya.


HASANHUSAINI, 
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

4 ulasan:

  1. Salam Alaik, tuan apa khbr? Moga tuan & kwn² di sana dlm keadaan sihat² selalu. Pertamanya sy nk ucpkn tahniah!! Hebat short film yg tuan nukilkan.Moga ianya diteruskn & dipostkn dlm youtube utk tatapan umum sbg p'ubat rindu ana kt Jordan.Melalui ini juga kita dpt berdakwah & dikongsikan bersama akan keadaan mahasiswa kita di sana.

    BalasPadam
  2. tuan rebina biru, saya belajar dari tuan untuk menjadi kreatif..;-) i.allah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, dapat juga tengok video ni. Line kat campus tak berapa cun, kena balik umah dulu baru ok :)

    Anyway, nice one. Part tengah tu memang tacing betul, nasib baik babak tu tak meleret, kalau tak meleleh2 jugak air mata ni karang..

    Well done. Teruskan berda'wah..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]