" Kita sembang di Jordan nanti ye... Namun, semasa belajar, minat harus tinggi kepada bahan mentah, bukan yang sudah masak. Harus minat pada minyak hitam, bukan ron97. Itulah beza pegawai cari gali dengan pengguna :)"
Begitu berakhirnya dialog saya bersama Us Hasrizal seminggu sebelum berlangsungnya PERTAMA ke-4. Hati saya berbunga-bunga menanti pertemuan bersama sifu saya itu. Namun, secara jujur, saya berkira-kira, berpeluangkah aku untuk menuntut janji itu...?
Pertama bermula. Kesibukan menjerut halqum. Penghargaan tidak terhingga kepada AJK Teknikal saya.
Akhirnya, saya sempat mencelah. Beberapa ruang kosong saya pergunakan sepenuhnya untuk mencedok pandangan Murabbi itu. Waktu paling istimewa apabila sempat bersama Abu Saif ke Mazar Al-Janubi. Menapak menelusuri jejak langkah beliau 10 tahun yang lalu. Stesen minyak, Makam Syuhada', 'rumah kurungan', Bilik Talaqqi dan sebagainya...Syukran Ustaz.
Akhirnya, setelah dua hari bergelumang dan keletihan serta kepenatan, namun masih dalam kebembiraan, Ustaz bakal kembali ke Tanah Melayu.
Pertemuan terakhir yang berlangsung di rumah Us Ridzuan Khalin sungguh syahdu. Pertemuan semula dua sahabat selepas hampir setengah tahun berpisah di Dataran Sham. Hanya hati yang mampu berbicara tanpa lisan yang berkata-kata. Pelukan perpisahan mengundang sebak dan duka.
BAHAN MENTAH
Saya mengimbau semula pesanan-pesanan penting yang digenggamkan kemas ke dalam minda saya.
Teruskan perjuangan, Gagahlah seperti Syuhada', Galilah bahan mentah, kerana itulah bekalan dakwah...
Sebelum ini, saya hanya suka membaca bahan ilmu yang siap dikaji. Buku sejarah yang ringan, buku pemikiran yang ringan, buku yang maklumatnya telah siap terhidang. Sedang buku-buku berat yang dibeli masih kemas tersimpan di rak.
Kini, saya cuba untuk berhijrah dari comfort zone ini untuk cuba mengunyah buku-buku berat dengan lebih acap. Mencabar diri.
Membaca buku ringan terlampau banyak tanpa menjenguk buku-buku mentah dan berat akan menjadikan kita mudah ditipu. Kita akan mudah terikut-ikut dengan ideologi dan pemetaan pemikiran penulis.
Baca buku tulisan pengikut salafi, maka terus menjadi salafi. Baca buku pengikut khalafi, terus menjadi khalafi, Baca buku pengikut Al-Attas, terus mendefinisikan diri Attasian. Baca buku pengikut IM, terus melabelkan diri sendiri IM tanpa mengetahui The Big Picture fahaman yang dibaca. Lalu, kebiasaan yang berlaku adalah, pengikut menjadi lebih sudu dari kuah yang diikut.
Ultra salafi, Ultra khalafi ultra itu dan ultra ini.
Saya teringat tatkala saya masih bingung dengan khalafi dan salafi beberapa tahun dahulu. Bingung saya bermula apabila membaca tulisan pengikut fahaman-fahaman tersebut. Lantas, penyelesaian yang terbaik adalah apabila saya merujuk kepada bahan mentah fahaman tersebut. Menyelesaikan persoalan tohmahan kepada Ibn Taimiyah dengan membelek kitab Ubudiyyah karangan Ibn Taimiyah. Selesai.
Begitu juga sewaktu bersama dengan teman-teman ABIM dan JIM. Ada dikalangan mereka, apabila bernaung di bawah payung ABIM, terus membenci JIM. Bila berada dibawah payung PAS, terus menyembelih UMNO dan ISMA. Saya fikir, ilmu apa yang mengajar kita bermusuh sesama Islam..? Saya tidak suka untuk mengenali PAS dengan membaca akhbar UMNO, begitu juga sebaliknya. Begitu juga situasinya, apabila ada rakan-rakan yang meremehkan ISMA dan JIM. Saya tidak pedulikan kata mereka, bahkan saya akan mencari bahan bacaan yang boleh memberi maklumat yang tepat tentang perkara tersebut.
Pernah satu ketika, ada rakan saya mencemuh perjuangan ABIM. Seminggu kemudian, saya melawat kolej Darul Hikmah dan mendengar syarahan Dato' Dr Siqqiq Fadzil. Alhamdulillah. Selesai.
Teringat satu frasa :

" Kita tidak diajar untuk mengenali hak melalui individu, tetapi kita diajar untuk mengenali individu dengan hak"
Sharpen The Saw
Mangasah gigi, menguyah padi.
Mengasah minda untuk mengunyah bacaan berat.
Bersedia juga untuk menelan bahan mentah di fasal kedua. Usul Fiqh 1, Fiqh Ibadat 1, Dirasah Nahwiyah, Aqidah Islamiyyah, Sirah Nabawiyyah dan Manahij Muhaddithin. Enam subjek ini harus dikunyah dalam masa 4 bulan sebelum imtihan pada pertengahan Jun 2010.
Dr. Faris, Dr. Ali Zuqaili, Dr. Muhammad Hawwa, Dr. Mustafa Abu Zaid dan Dr Ro'ud bakal menjadi murabbi saya untuk sesi kedua.
"Nta min baas...?"

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
mabruk alaik n seluruh ajk PERTAMA kali ini..terbaik,brjaya mngndng Ust Hasrizal mngmbau kembali kenangn beliau..hayyakumullah..
BalasPadamkunyah, kunyah jugak ustaz.. jangan lupa gosok gigi yer... suka buat org 'cemburu' dgn pos artikel mcm ni.. :)
BalasPadam@Marwan
BalasPadamNta cemburukan ana..?
Kalaulah nta tahu bahawa ana lebih cemburukan nta...
oh.. ana jurusan sains ustaz.. nak baca buku2 mentah takut terpesong pula ustaz.. maklumlah,walaupun sekolah agama sehingga tingkatan 5, masih belum kuat enzim ini nak mencerna bahan berat.
BalasPadamada cadangan ustaz?
p/s:the first thing which crossed my mind when first read this blog, ialah 'pengaruh' Ustaz Hasrizal. Padan la pun, sifu!
@aeisyulillah
BalasPadamBahan memtah yang ana maksudkan bukan hanya sekadar buku 'agama'..bahkan buku sains, sejarah dan sebagainya..apapun, untuk membaca bahan mentah, seharusnya kita telah membaca ilmu hidangan...semudah itu analoginya...
Masakan mereka yang menanam padi belum pernah makan nasi...? betul tak..?
Apapun, pada dunia nta, mungkn ada 'kitab sains' mentah yang boleh nta baca..tak gitu, bimbang baca yang telah dihidangkan, ada sedikit racun arsenik yang bakal memberi kesan dalam jangka masa panjang dalam pemikiran nta..so, cr sedikit bahan mentah, cuba masak sendiri, kalau ada 'guru' lagi bagus...
Ye sifu..bukan saifulislamisme...
amboi....pose yang paling macho. selamat merealisasikan mutiara yang ditinggalkan ketika 'tetamu' itu berlepas pulang....kerana harapan 'tetamu' itu terlalu besar buat pejuang2 yang ditinggalkan....semoga semangat 'tetamu' itu akan mengalir ke segenap urat saraf pejuang yang ditinggalkan. perkaderan telah berlaku...! selamat berjuang dinda....
BalasPadamKanda : Moga kita akan terus tegar di Mu'tah, menyimbah cahaya rahmat dan berkat...Beruntungnya dinda punyai teman seperti kanda...
BalasPadam