“ Kalau Ustaz nak tahu, di sekolah saya teruk, ada banyak geng..ada geng pengetua, geng GPK. Hui, kalut jadinya…Tapi saya tak sokong mana-mana geng...” seorang guru cuba berkongsi cerita dengan saya.
Saya selaku orang baru cukup menggeletar bila dikhabarkan dengn berita-berita sedemikian.
Saya selaku orang baru cukup menggeletar bila dikhabarkan dengn berita-berita sedemikian.
“ Orang rumah saya ni memang malas dalam bab masak memasak, sebab tu bila you datang, saya ajak makan kat kedai je, senang..tak perlu tengok muka protes bila diminta masakkan makanan”.
“ Aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi dengan bini aku tu..tak larat lagi dah..bila ditegur, membebel” Seorang suami berkongsi masalah kelambunya kepada mantan teman sekelambunya ketika di asrama sekolah menengah.
إن من شر الناس عند الله منزلة يوم القيامة الرجل يفضي إلى امرأته وتفضي إليه ثم ينشر سرها
FALSAFAH KELAMBU
Dalam hadis di atas, Rasulullah mengatakan bahawa, orang mendedahkan cerita aib pasangan masing-masing akan berada pada martabat yang paling bawah, paling hina.
Mungkin dialog yang saya paparkan di atas tidak satu pun sampai ke tahap yang telah disebut dalam hadith ini, namun falsafahnya adalah sama.
Kerahsian sebuah perkongsian dalam organisasi tidak perlu didedahkan kepada orang yang tidak sepatutnya.
Saya yang saat itu baru berusia seminggu di dunia pendidik, cukup gerun dan tidak selesa bila didedahkan dengan masalah dalam kelambu yang berlaku dalam organisasi pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Persis itu juga yang berlaku dalam institusi rumah tangga, apabila si suami 'menasihati' isterinya di kedai-kedai kopi ketika lunch bersama rakan sekerjanya. Tidak ketinggalan si isteri yang cuba berkongsi teknik menawan suami di majlis gotong-royong kenduri. Dapur tersebut bakal menjadi medan talk yang mempunyai seribu channel untuk didengari. ( dibaca, loya untuk didengari)
Untuk lebih dekat di hati, situasi dan dunia yang sebaya dengan saya, dunia oraganisasi dan dunia persatuan. perlu disebut. Meski masih banyak contoh dalam organisasi lain yang lebih besar.
“ Ana kalau di kolej sendiri, malas la nak terlibat, serabut dengan muslimat, asyik bising dengan benda-benda yang remeh”, seorang penggerak tarbiah kampus berkongsi pengalaman dengan rakan tarbiahnya dari kampus lain.
“Rais ana tu teruk la, semua benda yang ana buat tak kena. Asyik kena marah je kalau dalam meeting. Tension jadinya, pandangan kami ni, hanya tak dijelingnya walau sebelah mata..”, seorang lagi berkongsi dengan kawan rapatnya.
Budaya tembak curi dan jerangkap samar sangat biasa didengari dalam dunia organisasi sama ada di kolej, mahupun universiti.
Saya mempunyai ramai kenalan di beberapa universiti utama, dan dialog seumpama ini acap didengari dan cukup menyakitkan telinga. Tidak ada lagi semangat tafahum. Apatah lagi semangat takaful dan ithar yang begitu agung.
Jangan bangga menjadi produk tarbiah andai jiwa murabbi masih kontang.
Bila ditanya kepada yang terlibat, adakah si fulan ini pernah bersemuka atau menegur secara telus dan terus, seolah-olah pasti akan dijawab TIDAK.
“ Nta pernah tegur secara langsung dengan si dia tu..?
Itu persoalan biasa yang akan saya ajukan bila diluahkan tentang ‘masalah’ tersebut. Sinonimnya, gelengan kepala menjadi jawapan pada persoalan begitu.
Sikap berlapang dada dan nilai profesional tandus dalam jiwa mereka.
Salah ibu mengandung atau salah sendiri yang keras hati.
Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna pernah menyebut tentang martabat ukhuwah, dan yang paling bawahnya adalah, salaamatu sadri. Berlapang dada.
Sikap berlapang dada dan nilai profesional tandus dalam jiwa mereka.
Salah ibu mengandung atau salah sendiri yang keras hati.
Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna pernah menyebut tentang martabat ukhuwah, dan yang paling bawahnya adalah, salaamatu sadri. Berlapang dada.
MUTAKHIR
Mutakhir ini, blog dan laman web berkembang pantas. Forum maya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ditambah pula dengan laman sosial seperti Facebook, Myspace, Friendster dan sebagainya. Proses 'tegur-menegur' menjadi semakin mudah dan ringkas. Akses untuk mendapat pahala atau meraih dosa menjadi semakin mudah. Tinggal lagi, mana satu menjadi pilihan pengguna. Hanya iman yang menjadi benteng.
Meletakkan status untuk 'berbincang' tentang masalah seseorang individu didepan 5 juta pengguna Facebook. Cepat benar 'pahala' itu mengalir.
Yang lebih mengejutkan, ada juga yang pernah menerima sentuhan dakwah dan tarbiyah turut sama terlibat. Sedih. Mengutuk dan mempersenda pimpinan sendiri tanpa bersemuka secara tulus dan beradab. Di mana Imanmu saat itu..?
Tidak menegur secara terus disamping ‘menegur’ secara ‘ikhlas’ disebalik tabir menjadi bukti kukuh, suu’ zhon telah bersarang dan salaamatu sadri telah hilang disorok di sebalik permaidani egoistik yang luas terbentang. Lalu buah yang timbul dari benih suu’zhon adalah hidangan daging mayat mentah yang cukup enak dimakan beramai-ramai atau berpasang-pasangan.
12. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (kecurigaan), kerana sebagian dari sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpatkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.[Al-Hujuraat : 12]
Sesungguhnya amaran Allah itu cukup menakutkan hati yang senantiasa menukarkan ganti nama ayat-ayat Al Quran menjadi ‘kamu’.
اقرؤوا القرآن وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا
Setelah 23 tahun hidup di dunia, barulah saya mempu untuk menulis sebegini. Menulis selepas tadabbur yang menjemput linangan air mata. Namun masih tidak sehebat Umar yang pipinya beralur hitam. Dek kerana air mata.
ANDA KECEWA..? SAYA JUGA KECEWA...
Secara ringkasnya, saya seperti terasa ingin mengasingkan diri dari dunia ini. Cukup jelek dan jemu. Rimas dan cemas. Namun teringat pesanan baginda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam, :
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” [Riwayat Imam Tirmizi]
Teruslah bergerak hingga KELELAHAN itu LELAH mengikutimu
Teruslah Berlari hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu
Teruslah berjalan hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu
Teruslah bertahan hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu
Tetaplah berjaga hingga KELESUAN itu LESU menemanimu
Bersabarlah dengan kerenah mereka..Kamukan daie wahai anakku..
Teruslah Berlari hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu
Teruslah berjalan hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu
Teruslah bertahan hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu
Tetaplah berjaga hingga KELESUAN itu LESU menemanimu
Bersabarlah dengan kerenah mereka..Kamukan daie wahai anakku..
Ustaz Rahmat Abdullah
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
p/s : Artikel ini ditulis hampir setahun yang lalu dengan tajuk -Falsafah Kelambu-. Saya terbitkan semula dengan sedikit ubahsuai. Manfaat bersama ditagih dari pengertian dan pecerahan menjadi natijahnya. Ameen.
ya betul...
BalasPadamkelambu kita hak milik kita..
jangan salahkan nyamuk kelambu plak dibakar..
terima kasih ustaz..
teruskan perjuangan.
yup.like this article.peringatan buat yg lupa..syukran ustazz...al-insan nisyan.....
BalasPadam