Jumaat, 24 Oktober 2008

Dalam ukhuwah ada Bekalan dakwah

Hari Isnin. Petang agak kosong dari jadual kuliah. Bersama usu Gegar, saya merancang untuk ke UKM. Mulanya hanya dengan kenderaan roda dua, tapi memikirkan adik beradik usrah yang lain pasti ingin bersama, saya menukar plan untuk ke sana dengan kereta. Perancangan lima minit itu terhasil apabila kereta wira aeroback itu saya pecut laju ke hilir selangor. (betul ke..?) Usu, Ude, Ateh bersama sebiji kek kegemaran Aong Gegar di UKM.
Seorang sahabat menegur, "banyak duit nta, beli kek, isi minyak...banyak ke elaun masuk...?" mungkin hairan dengan cara saya hebahkan harta kekayaan saya.
Duit saya tak pernah banyak. kalau berbaki puluhan ringgit dalam akaun, amat kaya bagi saya. Justeru saya akan erkongsi kekayaan itu bersama rakan seperjuangan.
Kali ini saya dan adik beradik usrah ke UKM semata-mata untuk wish birthday Along usrah Gegar. Dengar sekali macam pelik. Tak berbaloi menempuh perjalanan lebih 100 km semata-mata birthday. Tapi saya tidak begitu. Dalam ukhuwah yang kami bina, ada kekuatan yang bakal saya dapat. Semangat utnuk berjuang pasti meningkat. Tambahan pula, saya berpeluang memanggil nama "abang" yang tak mungkin saya dapat lakukan sebegitu di DQ.
Sesampai di UKM, masjid seolah menyeru kam ke situ sebelum meneruskan perjalan ke kolej Ungku Omar. Maha Suci Allah, rupanya along sedang berehat di situ.
Sambutan hari lahir di BBB tom yam tidaklah ekslusif. Namun amat bermakna bagi kami. Mereka yang amat berlaianan alatrbelakang dapat berkumpul beremesra. Hanya dengan ikatatan Aqidah. Abg Idris bersama usrah barunya dari UKM turt hadir bersama, Hamiezy, Fahmi, Zulhilmi dan Anuar membuka lembaran baru dalam diari usrah saya.
Ya Allah, dalam ukhuwah kami, ada bekalan untuk berjalan di atas landasan dakwah Mu, kekalkanlah kasih sayang di anara kami, pertemukan kami di Syurga Mu...

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]