Sabtu, 18 Oktober 2008

Catatan Bisu Syawal

Lama sungguh tak bersinggah disini. Ini baru laman blog, sudah tidak ku mampu untuk berlaku adil, bagaimana pula dengan manusia, andai yang terpikul itu lebih dari satu yang perlu ditimbang dengan neraca keadilan.. tak sanggup. Tak mampu.
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf zahir batin.
Sanah Helwa untuk beberapa sahabat yang baru saja meningkat usia mereka.
Selamat Bertunang kepada yang dah bertunang...sapa tu...?
Banyak betul kerja yang perlu disiapkan. Hari raya hanya sempat beberapa hari di rumah. Ibu sedikit cemburu bila melihat saya lebih sibuk di luar, berbanding melayan isi rumah sendiri. ku amat memahami perasaan itu. Saya tetap seorang anak meski jundi dalam perjuangan. Saya juga sebagai YDP di rumah. itu hakikat yang tidaka dapat disangkal. Aulawiyat mengambil tempat.
Jemputan jamuan hari raya berderetan untuk dipenuhi.
Jadual ziarah yang diatur belum terlaksana.
Bakti Huffaz 08 sudah menagih keringat.
Tanpa di sedari, ini mungkin 'idulfitri terakhir saya di bumi Malaysia. Hakikat itu saya sedari ketika mengahdiri majlis rumah terbuka 'istana besut' (link). Singkat sungguh hayat di dunia.
Lima hari beraya di rumah terasa amat singkat. saya bermusafir menziarahi sahabat buat tierakahinya (mungkin) dari Terengganu, ke Pahang, Selangor, N9, Perak, Kedah, Penang dan Persli. Hampir seluruh Malaysia saya jelajahi.
Majid Faiz, Ude GEGAR(Syaukani), Muhamad, Tarmizi dan Amir Hafizi antara sahabat yang saya ziarahai..
Pelbagai kenangan mengusik saya untuk tersenyum sendirian.
Kembali ke medan perjuangan untuk Bakti Huffaz 08.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]