Selasa, 9 Ogos 2011

Ujian Tanpa Izin dan Rela


"Wahai mak lembu, akan daku sembelih anakmu untuk kenduri kahwin anakku nanti. Minta halalkan ye." Pak Hamid meminta izin dari mak lembu untuk menyembelih anak lembu. Kalau Pak Hamid sendirian, mungkin tak mengapa. Tapi, kalau ada yang memerhatikan, mungkin pak Hamid dianggap gila.

Begitulah gambarannya. Kita milik tuhan, boleh diuji bila-bila masa, tanpa izin mahupun redha.

Mengenangkan itu, lama saya termenung sore ini. Tafsir yang dipegang makin kejap digenggam. Isi tazkirah malam ini berkaitan redhan dengan ujian Allah. Ayat kedua surah Al-Mulk yang menjadi tagline blog saya diberi nafas baru kepada kaedah memahaminya.

Ahad, 24 Julai 2011

Mustahil Jahil



Seorang makcik tua, berteduh di sebuah pondok buruk di pinggir sungai, tanah rezab kerajaan persekutuan. Jadual hariannya hanya mengutip pucuk ubi kayu untuk dijual di pasar. Seterusnya menukarkan hasil jualan itu dengan sebungkus nasi dan sedikit keperluan lain. Pondoknya tidak mempunyi lampu. Pelita minyak tanah hanya dipasang sekali sekala. Sumber airnya hanyai dari sungai kecil yang mengalir. Di situ dia berwuduk mahupun mandi dan membasuh pakaian. Rutin hariannya hanya rutin ritual, namun makcik tua itu tak pernah bosan untuk meneruskan hidup.

Khamis, 21 Julai 2011

Melurusbendulkan Siasah Dan Fikrah


Sore ini, saya bersiaran dari ceruk kampung di desa yang sepi dari kalimah jihad mahupun tarbiah. Bertemankan itik serati dan angsa, lembu kambing dan kuda yang buta ukhuwwah, tapi kenal setia. Sebatang pensil tumpul dan sekeping simcard broadband. Hanya kicauan burung dan jeritan unggas yang menjadi irama muzik dalam proses mengasah gergaji. (sharpen the saw). 

Pohon rendang telah lama tumbang. Pohon redup pula kini reput. Lelalang berdiri mengalahkan hulubalang. Rumput panjang menunggu untuk diragut. Segalanya telah berubah. Parkir buluh ini juga semakin goyah menunggu rebah tapi masih gagah untuk menampung saya duduk beristirahah.

Izinkan saya sedikit berkongsi. 

Selasa, 12 Julai 2011

BERSIH 2.0 9 JULAI 2011

Mereka ingat kami gerun....

Kuala Lumpur baru reda dari hiruk piruk yang dicetuskan polis. Pelancong yang datang dari seluruh pelosok negara dirodok kasar. Ada yang terjatuh, tersungkur diepak dan diterajang. Kedai dan gedung diarah tutup. Jalan utama juga dipagari. Ratusan ribu terkurung dirumah sendiri. Jutaan pula dihalang dari memasuki. Lidah Utusan pula menohmah, Kuala Lumpur dilanda darurat.

Rabu, 22 Jun 2011

My Constitution

"Ustaz, apa hukum solat?" tanya seorang penonton slot rancangan Tanyalah Ustaz.

"Wajib. Kita wajib solat 5 waktu sehari" Jawab ustaz sambil matanya digantung ke mata sang penyoal.

"Dalilnya apa ye ustaz?" tanya penonton yang lain pula.

Pak Ustaz terpinga-pinga. Ayat Al-Quran yang menyatakan solat wajib tidak pernah dihafalnya.

Situasi ini adalah situasi rekaan semata-mata. Namun, intipati dan isinya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita.