Saya baru selesai menguruskan beberapa urusan penting di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Jam pula menunjukkan bahawa matahari akan terbenam tidak lebih dari 90 minit. Jemputan berbuka bersama naqib di Bangi sempena kepulangan Hayyi pastinya tidak boleh ditolak sama sekali. Usrah adalah makanan saya. Hobi berusrah.
Perlahan-lahan SAGA Dato' Bentara Hasanhusaini, (DBH 1141) merangkak di celah kesesakan lalulintas yang maha dahsyat. Dari Bukit Jalil ke Tol Sungai Besi melalui Astro. Paling dekat dan efektif. Corong speaker didendangkan dengan ayat Al-Quran dari surah Al-Anfal., juzuk ke sepuluh, sesuai dengan jumlah hari puasa saya. Tiba-tiba...
"Saya minta maaf Haji." Usianya mungkin belasan tahun. Saya dipanggil haji lantaran juba dan kopiah putih barangkali.
"Kalau boleh, haji jangan report ye, kita selesaikan di luar balai sahaja. Saya akan bayar kos kereta haji." Rayu pemandu muda itu. Barangkali, statistik kemalang di Malaysia lebih tinggi kalau kes 'luar balai' seperti saya turut disenaraikan.
"Ok, tak ada masalah. Tapi, saya nak kena cepat. Ada urusan di Bangi." Saya mengerutkan kening. Puasa berjaya menghalang saya dari tindakan yang tidak sepatutnya.
"Oooh..minta maaf haji, saya boleh bayar, tapi bukan hari ni, minggu depan". Dahinya berkerut.
"Kalau macam tu, minta lesen awak la. Saya nak ambil gambar bukti." Saya meringkaskan perbincangan.
"Err, sebenarnya, saya tak ada lesen." Matanya dipakukan ke mata saya tanda tidak berbohong dan meminta simpati.
Saya menelan air liur. "Rumah kamu di mana...?"
"Balakong...". Ringkas jawapannya.
"Kalau macam tu, bagi no telefon bapak kamu."
"Tolong haji, jangan bagitau bapak saya. Teruk saya kena nanti. Dia tak tahu saya bawak kereta ni" Kedua-dua beradik itu merayu. Ayahnya teramat garang. Penampar dan terajang adalah perkara biasa. Mereka memujuk dan merayu.
Pelik, ayah garang tapi masih degil. Memandu tanpa lesen dari Balakong sampai Sungai Besi. Kereta saya tidak terlalu teruk untuk saya jejaki ayahnya sehingga ke Balakong. Tapi mereka berdua agak 'teruk' untuk saya lepaskan sahaj di Sg. Besi.
Akhirnya no telefon saya perolehi.
"Assalamualaykum encik Malek. Saya Ihsan, anak encik terlibat kemalangan di Sg Besi, dia langgar kereta saya." Saya memulakan bicara dan terus memberi laporan.
"Hah..? Excident? Anak saya macam mana? dia ok ke? Awak jangan pukul dia ye, saya boleh bayar semua kos baiki kereta awak." Saya tersentak.
Anak saya... Jangan pukul dia.....
Meski sepak terajang menjadi zikir harian sang ayah, tapi lafaznya masih 'anak saya' bukan budak nakal bajingan. Lafaznya masih 'jangan pukul dia', bukan pergi mampus la budak degil.
Sebelum berpisah, saya bersalam dengan encik Malek dan mengusap kepala kedua anaknya. Bertuahnya kamu wahai budak. Masih punyai seorang ayah yang garang dan bengis.
Anda masih punyai ayah...? Ayah anda garang? Sayangilah dia ketika dia masih hidup meski bengis. Kerana nanti, anda tidak akan mampu menyayanginya ketika bengisnya hilang, kerana dia sedang berehat di sisi tuhan.
HASANHUSAINI,
SS3, Kelana Jaya, Selangor.
Allahu akbar....
BalasPadamMoga-moga Allah mengampunkan saya..andai sayalah penyebab kemalangan itu..dosa2 yg banyak,hilang keberkatan..
[Allahu yusahhil laka akhi...]
subhanallah.
BalasPadamklu ana msti dh pow ckup2 ni :)
http://www.youtube.com/watch?v=OVo76WQZgnw
BalasPadam- mngkin video ini buleh meyimpulkan dengan cara santai tapi berkesan...
*lap air mata*
BalasPadamOk, tipu. Dalam jiwa je bergenang
Alhamdulillah, masih ada ayah yang begitu. Memang sepatutnya begitu pun. Saya terharu, sebab dah ramai ayah (manusia) begini, terutama bila anaknya nakal. Nakal, bukan jahat.
Walaupun hingga terbabas2, kalau namanya remaja, nakal lah bagi saya.
"Biar anak buat salah, kalau dari situ dia belajar"