Rabu, 15 Disember 2010

Rindu Itu Tiba-tiba

Khalil dalam usrah Gegar bersama Abg Idris
Entah kenapa, tiba-tiba jari ini riang melompat untuk menulis kisah seoang ahli Gegar yang kini telah meninggalkan kami di Malaysia.  Mungkin ia menzahirkan kerinduan yang telah lama terpendam. Setahun lebih tidak bertentang mata. Rakan seperjuangan, teman tika susah dan senang. Saat ini, abang sulung saya itu pastinya sedang sibuk berpencak di UKM yang telah dilanda bahang PRK. Selamat Berjuang!!

Menatap gambar kenangan usrah, hati ini sayu tiba-tiba. Rindu menerpa mendadak. Lebih setahun tidak bertentang mata. 3 tahun dahulu, Along kami bertekad meninggalkan Darul Quran. Kehilangannya begitu memberi kesan. Kehilangan yang pasti tak berganti. Bersama adik-beradik gegar yang lain, bercerita bergembira, gelak ketawa, namun jauh di hatiku, alangkah baik kalau Khalil masih bersama.

Banyak benar kenangan suka-duka bersama. Jatuh bangun sejak dari MTDQ Repek sehingga ke arena perjuangan di Darul Quran. Fuh, mungkin kenangan sebegini takkan menjengah kali kedua. Terfikir beban yang terpikul, terasa berat. Mungkin berat lagi hati ini melepaskan beliau pergi. Renungan terakhir yang syahdu meningalkan sejarah hitam kepada GEGAR. Kenangan memujuk beliau kembali masih terngiang di depan mata. Tekadnya, kami hormati. Tiada lagi dendangan nasyid ‘on stage’ versi percuma. Ikhwan kehilangan ahli, Gegar hilang adik-beradik.


Malam 3 Ogos 2007, modul menyambut birthday Abg. Idris, Naqib Gegar. 

Ketika bersama-sama nak potong kek, tiba-tiba Abg Idris mencelah, "Mana Khalil...? tak ajak dia ke..? panggil Khalil, kalau tak, jangan potong kek tu.." 

Gurauan itu mencuit hati kami. Suasana suram tiba-tiba. Betul-betul terasa kehilangan 'adik-beradik'. Masing-masing menahan sebak.




Kekandaku yang di kasihi,
Walau jauh di Tanah Air sana, semangatmu masih bersama kami,
Bersama dalam perjuangan ini..
Naqib Idris, Along Khalil dan Usu Azan, Di Malaysia mereka melakar perjuangan
Angah, Uda dan Ateh, Di Jordan kami bertatih
Abd Izwan mentadbir Syria bersama zaujah.
Achik, Alang dan Anjang di Bumi Kinanah.
Gegarlah Gegar...GEGAR FIRDAUSI

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

 

1 ulasan:

  1. ukhwah mtdq kekal b'perjangan shgga kini.alfu mabruk utk kalian.tabek dn respek mnyerikn indahnya seukir senyuman.mg rahmat dn kasih Allah sntiasa b'kekalan.amin ya rabbal a'lamin..

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]