Hooohoohooo balik kampung...
Hooohoohooo balik kampung...
Hati girang...
Gegak gempita kerata MPV buatan Korea milik En. Suhaimi. Anak-anaknya bergembira menyanyikan lagu lagenda nyanyia Allahyarham Sudirman. Gembira di hati En Suhaimi dan isterinya juga bukan kepalang. Kampung halan yang tenang dan damai seakan melambai-lambai kepulangan mereka. Hatta lembu dan kerbau ditengah bendang juga seakan turut bergembira. Mereka kembali ke kampung halaman. Kembali ke tempat asal.
Soalnya, kenapa kita bergembira...?
Apakah kerana bertemu sanak saudara?
Atau beraya selepas sebulan terpaksa berpuasa?
Atau kerana dapat bercuti lebih lama dari biasa?
Atau kerana pendapatan berlipat ganda dengan tibanya hari raya?
Atau kerana kembalinya kita kepada asal? Kembali kepada tempat kehidupan yang suci bersih dari segala dosa dan noda? Kembali kepada fitrah kejadian manusia.
Andai soalan yang menarik hati kita untuk dijawab adalah soalan kelima, maka, layaklah kita untuk bertakbir dan bergembira. Bahawa kita sebenrnya masih tidak lari dari fitrah manusia. Sukakan yang baik dan terbaik. Sukakan pahala lebih dari dosa.
Moga kegembiraan fizikal kita untuk kembali ke asal, fitrah kampung halaman itu, dirasai juga oleh rohani kita yang turut kembali kepada fitrah jiwa rabbani. Jiwa bertuhan. Jiwa yang bebas dari telunjuk hawa nafsu dan juga Syaitan.
Kita telah berjaya untuk berkata tidak kepada harta benda milik kita, semata-mata kerana ianya adalah arahan dan perintah Allah. Makanan lazat dan minuman yang menyelerakan tidak kita pandanga walau sebelah mata demi mengagungkan syariat berpuasa di siang hari Ramadhan.
Raikanlah kejayaan kita dengan takbir dan tahmid di Aidilfitri.
Sultan Muhammad Faris Petra |
Sehari selepas Aidilfitri, sibuk di media massa, cerita dan berita tentang pemerintah negeri Kelantan. Khabarnya, Tengku Mahkota yang menjadi Pemangku Sultan bakal dimasyhurkan dan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, menggantikan ayahandanya yang masih gering.
Berita itu menjadi nyata. Meski ada pihak yang tidak bergembira. Berita itu saya sambut dengan sujud kepada yang Esa. Ya Allah, jadikanlah negeriku sebagai negeri perintis untuk dituruti oleh negeri lain agar sama-sama kembali kepada negeri fitrah yang pemimpinnya rabbani.
![]() |
Berbezakah Sultan, Tok Guru dan Rakyat Jelata..? Alhamdulillah.. |
Sejarah pernah bercerita, keakraban raja dengan ulama' menjadi prasyarat penting untuk melangkah ke arah kemakmuran hakiki. Kebahagiaan abadi.
Ya Allah, kembalikan daku, negeriku dan negaraku ke daerah Fitrah. Ameen.
Selamat hari Malaysia.
"Bersama Menuju Fitrah, menggapai Khilafah".
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
"Ya Allah, kembalikan daku, negeriku dan negaraku ke daerah Fitrah. Ameen"
BalasPadamAllahumma Aameen!