"Anak siapa tu? Pakai baju macam tak cukup kain, memboncengan dengan budak lelaki entah dari mana?" Tanya Paksu Leman.
"Oh, Itu anak Cikgu Basir, pengetua Sekolah Integrasi Muara Lumpur tu ", Jawab Makcik Temah.
"Eh, urus sekolah punyalah hebat, takkan urus anak 3-4 orang pon tak mampu.", Soal Paksu Leman kehairanan.
"Aku baru balik kerja ni tau tak, penat tak hilang lagi. Pergi main jauh-jauh...syuuuh..", usir seorang ayah yang dipejabatnya bergelar pakar motivasi handal.
"Yop, bangun, dah dekat pukul 7 ni..kamu tu belum solat subuh lagi." seorang ibu mengejutkan anaknya yang merupakan orang kuat agama dan tarbiah di Kampus.
Senario begini semakin melata luas di ufuk timur dan barat. Kemiskinan hemah dan kebantutan tekad menjadi virus yang semakin sukar untuk dibasmi. Versatiliti dan pakej kesyumulan semakin tidak laku di pasaran muslim. Hebat dan mantap hanya pada sebelah sudut. Penjuru yang lain dibiarkan lompang menjadi sarang fitnah.
Pegawai yang hebat mengurus di firma besar, namun hancur pengurusannya bila berhadapan dengan anak dan isteri sendiri.
Guru yang cukup handal mendidik anak murid, namun tumpas dalam usaha mendidik anak isteri sendiri.
Pemimpin pelajar yang bersinar dikalangan teman-teman di asrama mahupun dikolej, jatuh sahamnya bila kembali ke pangkuan keluarga. Tiada lagi amalan puasa sunat dan qiamullai.

Kepemimpinan mereka hanya di mata orang luar. Tidak dipandangan orang dalam. Dalam harakah, qiadah dan qudwah hanya untuk 'amilin [ahli], bukan demi 'alamin [universal]
MANHAJ NUBUWWAH
Rasulullah pastinya menjadi sumber inspirasi kita dahulu, kini dan selamanya. Hidup sebagai rakyat biasa pun mesti mencontohi baginda, apatah lagi yang bergelar pemimpina diluar sana.
Ayat Al-Quran mengajar kita bagaimana manhaj nubuwwah dalam menjana qiadah dan qudwah. Rasulullah pada awal dakwahnya diarahkan untuk menyeru kerabat terdekat baginda. Kenapa? Kerana kaum kerabatlah yang menjadi penanda aras dan pemangkin kelancaran perjalanan dakwah seorang daie.
Masakan pendakwah yang hebat berceramah ditontoni jutaan rakyat dijatuhkan air mukanya oleh anak isteri sendiri yang tidak terusus dengan baik.
Selepas kaum kerabat, maka masyarakt setempat menjadi taruhan dan sasaran. Pegerakan dakwah diteruskan sehinggalah mencapai kemuncaknya, rahmatan lil 'alamin. Muhammad sallallahualaihi wasallam bukan hanya penyuluh untuk masyarakat arab, bahkan mejadi ikon dan telada kepada seluruh umat baginda. Dakwah yang diseru sejak 1400 tahun yang lalu masih menjadi anutan dan pegangan sehingga hari ini.
PEDOMAN
Kita golongan yang mengaku sebagai penerus agenda dakwah baginda, masakan tidak mengikuti jejak langkah tarbiah dan tatacara dakwah yang telah digariskan oleh baginda. Masakan kita hanya bermanfaat untuk segelintir manusia. Masakan kita hanya sukses pada ssetangah perkara dan hancur lebur pada penjuru lainnya.
Rasulullah, kepemimpinannya bukan hanya di kalangan para sahabat. Bahkan baginda juga hebat memimpin keluarga baginda. Rasulullah jagu di istana rumah tangga yang bahagia.
Baginda bukan hanya disegani oleh para muslimin dan muslimat yang beriman, bahkan disegani serta digeruni oleh para pembesar seluruh dunia. Akhlaq baginda yang mulia serta ketegasan baginda dalam berbicara menjadi bualan seluruh manusia.
Pesan kepada saya.
Memimpin di persatuan, jangan sampai di kampung kamu tempang.
Hebat di mata teman, jangan sampai hina di hadapan tuhan.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan
salam abg =)
BalasPadammenarik n3 nih.. sriyes makan dalam..
hehe..
Allah...Allah...
BalasPadamrindu bangat sama tulisan kamu,,baru seminggu balik Malaysia,ore sini rasa supo lamo x jjupo..jadi imam traweh molek2 tu deh,rrayo nnti jjale molek2,bawak kketo molek2... :)
salam rindu dari dataran syuhada'...
Salam...mohon izin copy untuk perkongsian...
BalasPadam