Ahad, 14 Jun 2009

Kenapa Ku Tulis Lagi?


Hj Subki Latiff- Mentor dan Ikon

Sejak kecil, saya suka untuk menggambarkan sesuatu yang berada dalam fikiran saya ke atas kertas. Banyak lukisan saya membawa emosi dan perasaan.

Selepas dimarahi ibu, Son Goku akan bersedih.

Selepas mendapat kepuasan, Zonan pasti tersenyum ceria. Itu saat saya belum tahu haibahnya QALAM.

QALAM medium Ilmu.

Paradigma berganjak. Saya kini berubah kepada penulisan. Subjek Bahasa Melayu II (Penulisan ) saya tak pernah dimarkahkan kurang dari 85%.

Saya menulis dalam pertandingan, di sekolah, di akhbar, di majalah. Meski tidak menggondol apa-apa hadiah. Ke'comot'an tulisan saya menjadi penghalang markah lebih dalam pertandingan.

Masa beralih lagi, saya mengumpul majalah RODA-RODA. Minat mendalam dalam dunia dua roda mengheret saya menulis untuk majalah itu.

Kaitan antara Mesin dua roda dengan ayat Al-Quran. TAK LAKU.

Terasa PUTUS ASA.


Majalah Roda-Roda

BENQ S53

Memperolehi laptop pertama, saya cuba untuk membakar semula semangat menulis. Masalah tulisan comot tak akan timbul lagi. Beberapa artikel disiapkan.

Teknologi sebagai 'mukjzat' pendakwah mendapat perhatian seorang sahabat. Selepas menatapi, beberapa komentar diberi.

Jalan dicerahkan tuhan. Api QALAM kini membara. Terima kasih sahabatku.

BLOGGER

Persoalan kenapa saya menulis telah saya selesaikan. Sejak sebelum saya mencipta akaun di Google untuk memulakan dunia Blogger.

Kenapa saya menulis?

Dua hari lepas, di pondok buruk, daerah Gua Musang, tempat terletaknya tanah yang masih belum bergeran, ibu bertanya setelah melihat saya menulis pada pukul 3 pagi.

Tak pelik untuk melihat saya menulis lewat malam. Namun malam ini berbeza sedikit. Saya masih menulis meski pada siang tadi bertungkus lumus membersihkan kebun seluas 10 hektar dengan lebih 10 tong semburan racun.

" kuatnya menulis, nak buat apa tu..?" Ibu bertanya sambil menenyeh matanya yang masih mengantuk.

" menulis untuk menjadi anak yang soleh ma..." saya memberi jawapan kenapa saya menulis dalam konteks seorang anak.

Maka saya menulis bagaimana kasih sayang seorang ibu. terutama ibu tunggal yang memegang dua portfolio sekali gus, Ibu dan Ayah dalam masa yang sama.

Setahun yang lepas, adik bongsu saya bertanya, : " kenapa angah buat blog?"

Jawapan saya dalam konteks seorang sahabat dan teman sejati, " Untuk menjadi seorang teman terbaik untuk usu".

Saya menulis soal usrah dan kemanisannya. Mengajak manusia untuk turut kemanisan yang saya rasai.

Seorang pensyarah saya pernah bertanya pada suatu hari selepas sesi tasmi' berlangsung, " nta buat blog untuk apa?"

Saya lantas memberi jawapan dalam kerangka seorang pelajar' " untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, ust...".

Lalu saya menulis tentang minda HUFFAZ. Kenapa nak hafal Quran.

Suatu hari, anak murid di Sek Teknik bertanya setelah saban hari melihat saya istiqamah mem'blog', " Minat betul Ustaz menulis, kenapa ye..?"

" Saya menulis untuk menjadi seorang guru yang cemerlang". Tersenyum pelajar tersebut.

Saya sedang menulis tentang Sejarah Islam di Tanah Melayu dan Kaitannya dengan Turki Uthmaniyyah. 10 muka surat untuk nota. Cukup pendek untuk sejarah Khilafah yang berusia 600 tahun itu.

Prof. Dr. Najmuddin Erbakan berfalsafah : Mereka yang buta hari semalamnya akan buta hari esoknya.

Juga sebagai NOTA. Hasilnya saya gunakan untuk ceramah dan forum.

Ya. Jawapan saya mempunyai retorikanya tersendiri. Seni retorika dalam DAKWAH.

Berbeza mengikut situasi dan bersifat refleksi, moga membentuk HIKMAH.

Namun ianya masih terikat dalam kerangka untuk menjadi "insan yang paling bermanfaat".

Bermanfaat kepada ibu dengan menjadi anak yang soleh.

Bermanfaat kepada sahabat dengan menjadi sahabat yang setia.

Bermanfaat kepada murid dengan menjadi guru yang cemerlang.

Segalanya terikat dengan kata kunci - MANFAAT.

Sabda Nabi Muhammad : "Sebaik-baik manusia adalah orang yang lebih banyak manfaatnya kepada manusia."

Dalam Surah Al-Mulk, Allah mempertaruhkan dua sempadan hidup manusia, Hidup dan Mati untuk menguji siapa yang LEBIH BAIK amal perbuatan mereka.

" Dialah tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah dari kalangan akmu yang lebih baik amalnya". Al-Mulk : 2.

Dan, saya cuba menulis dalam kerangka tersebut.

Melalui persekitaran dan tahap yang berbeza, tulisan saya tampil dengan pelbagai warna. Pun begitu, masih tidak lari dari realiti kehidupan seorang manusia.

Terkadang tulisan berperasaan.

Jarang-jarang ber-kod dan fakta.

Banyaknya bercerita. Tentang kehidupan manusia. Tentang diri saya.

Masih dalam kerangka untuk memberi manfaat. Meski hanya untuk menguntukman bibir pembaca dengan seulas senyuman cuma.

TULISLAH

Saya yatim pada usia awal 4 tahun. Wajah ayah tetap muda dalam potret yang tergantung di rumah. Meski usianya telah pencen 3 tahun.

Namun saya miskin cerita tentang ayah. Ayah pergi pada waktu saya masih belum menafsirkan apa-apa kecuali kalimah AYAH.

Bagaimana pemikirannya sehingga disanjung oleh bekas Ketua Dewan Ulama'?

Bagaimana Ilmunya yang pernah membentangkan kertas kerja di hadapan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abd Hadi?

Bagaimana integritinya sebagai Ketua Pemuda Nilam Puri dahulu?

Bagaimana amanahnya sehingga disanjungi oleh rakan-rakannya di Sek Men (A) Tarbiyyah Mardhiyah, Panchor?

Hanya yang tinggal, tulisan khatnya yang kini terabadi dalam buku Insya' dan Mutala'ah yang pernah menjadi buku teks Yayasan Islam Kelantan.

Kalaupun ada, cuma cerita dari ibu. Pedih sungguh mengenangkan yang satu itu. Saya buntu dalam usaha menggali sejarah ayah sendiri.

Maka, hari ini saya menulis lagi tentang DIRI, demi GENERASI.

Tulis lagi untuk meningkatkan kualiti.

Menyalin PERISTIWA untuk BANGSA.

Memahat NOTA mengisi MINDA.

BOOSTER MENULIS

Untuk menulis, saya pasti akan membaca. Mengingati peristiwa. Memahami sejarah. Mengenali manusia. Lantas cuba mengKAJInya.

Kesempatan sejenak bersama Hj Subki Latif, mentor penulisan saya.

" Kamu nak menulis, kena ada MINDA. Minda yang merakam peristiwa, minda yang membaca manusia", pesan beliau selepas bergambar. Suaranya tak merdu didengari, namun tulisannya amat syhahdu bila ditekuni.

Pengalaman berharga sebagai guru sejarah membuka minda saya. Bahawa sejarah penting untuk generasi.

Bahawa sejarah Malaysia perlu dibaiki.

Bahawa peristiwa hakiki perlu diabadi.

Dan SUBJEKNYA adalah MANUSIA.

Seorang lagi mentor pernah berpesan:
" Nta patut jadikan pengalaman berharga nta sebagai guru sejarah untuk MEMBERI...dan dalam pengKAJIan sejarah, jadikan MANUSIA sebagai subjek untuk diKAJI dalam setiap PERISTIWA," pesan Us Hasrizal ketika dalam perjalanan ke rumahnya selepas memberi ceramah.


Bersama Abu Saif di Ampang

Justeru saya terus menulis dan menulis.

Semoga Allah mempermudahkan haluan saya untuk menjadi insan bermanfaat...Untuk Ummat.

Terima Kasih, Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik : [hasanhusaini]

3 ulasan:

  1. perkongsian menarik cikgu...
    Ana baru balik dari satu mekhaiyam. Slot `SEJARAH NUSANTARA` oleh DR Hafidzi terselit di hujung. Terasa belajar sejarah selama ini SIA-SIA. Fakta benar disyembunyikan. DR Hafidzi adalah pengerusi PACE. PhD dlm bidang biologi. Tapi, pengkaji Sejarah yg hebat abad ini.Ini blog family beliau:
    http://lambaian-islah.blogspot.com/

    Tapi yg penting, harap cikgu dapat membongkar semua PENIPUAN melalui buku terbarunya:
    "Jejak Risalah di Nusantara" RM10

    boleh hubungi GMEDIA :

    03-4108 9669

    Harap bermanfaat.

    BalasPadam
  2. Ku mampu tersenyum untuk segalanya :)

    BalasPadam
  3. to : tinta tajdid:

    insyaallah..syukran

    to tnnamir : senum bermakna tuu..

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]