Isnin, 29 Jun 2009

Tamrin SMS

Minggu ini mungkin minggu yang paling kosong. Entah apa yang telah saya sumbangkan, samada pada diri sendiri ataupun pada makhluq sekeliling saya.

Bacaan buku tergendala.

Jadual menulis masih banyak untuk diqada'.

Laman blog makin terbengkalai.

Tabungan fulus makin kemarau.

Kuliah dan tazkirah, jauh sekali.

Hanya memencil beruzlah di teratak yang menyimpan jutaan kenangan. Menebar roti canai untuk meneruskan sisa hidup. Proton SAGA DBH 1141 yang menjadi gera jualan roti canai saya pastinya menjadi tumpuan saat sore hampir dijemput malam.

Dua hari lepas, adik mengirim sms, minta dihantarkan duit untuk membeli sebuah hp untuk memudahkan proses komunikasinya di sana.

Dua pengertian di situ.

Duitnya sudah kurang. Rindunya dan sepinya makin bertambah.

Tanpa banyak beralasan, saya terus ke Nilai. Hp dan sedikit motivasi untuk adik perempuan yang satu itu.

Saya tahu, pastinya sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan serba baru di dunia baru dan marhalah hidup yang baru.

Cara pembelajaran baru.

Kawan-kawan baru.

Bahasa baru.

Angin baru. Dan segalanya baru.

Megundang tidak selesa dan rimas. Lantas mengundang rindu pada keluarga dan akhirnya membuahkan air mata.

Namun, saya yakin yang adik saya seorang yang tabah. Masakan mampu ia hidup tanpa kasih sayang seoran ayah selama ini. Pastinya dia mudah untuk survive di dunia tanpa ibu pula.

Saya bagaimana?

Tarikh untuk terbang membelah laut semakin hampir.

Lambaian dari Saydina Jaafar Al Tayyar makin jelas di telinga. Dataran Syam kian dekat di hati. Say pula pastinya akan menempuhi dunia baru.

Dunia serba baru.

"apa yang nta baca tu hanya sekelumit dari pengalaman ana di Mu'tah..ana tak tahu macam mana nak positifkan apa yang ana alamai di sana, sebab itulah tulisan ana tentang Dataran Syam sedikit, sedangkan ana tinggal di sana lebih lama dari ana tinggal di Eropah", kata Us Hasrizal tempoh hari masih terngiang-ngiang.

Seorang senior pula berpesan, " Bahasa adalah kunci pertama untuk menguasai ilmu", dan bahasa utama di Jordan adalah Bahasa Arab.

Namun jauh di sudut hati saya untuk menguasai Bahasa Inggeris. Bahasa yang dari bangsa yang telah banyak mencuri hikmah dari bangsa saya, Muslim. Bangsa Muslim.

Tamrin Bahasa SMS

Kalau pada minggu lepas, Naqib saya, Us Idris menganjurkan usrah melalui internet, maka kini saya menganjurkan tamrin melalui SMS.

" Mulai hari ini, sy akan send BI n awk akn rply in arabic...Moga ada benefit fo ourself.."

Begitu tertulis ayat perasmian tamrin SMS dari adik usrah GEGAR, Syaukani.

Ya.

Saya akan menggunakan Bahasa Arab, dan saya akan menerima Bahasa Inggeris.

Moga ada manfaatnya yang akan dikira oelh Sang Pencipta.

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]

Jumaat, 26 Jun 2009

Islam dan Tenaga yang Terbiar



Islam dan Tenaga yang Terbiar

Pandangan kritis Syeikh Muhammad Al Ghazali terhadap MUSLIM yang sepatutnya mendokong ISLAM.

" kamu tak perlu baca buku ni, nanti lemah semangat untuk menghafal", kata seorang Ustaz setelah melihat saya cukup berminat dengan 'buku ' oren usang itu.

Pedulikan.

Antara tiga wasiat ayah, buku ini salah satunya. Almarhum ayah berpesan, andai saya bergelar hafiz dan mahu ke luar negara, maka buku ini wajib dikhatamkan. Maka hari ini saya menlaahnya bersungguh-sungguh.

Ummat yang bertelagah.

Huffaz yang terbiar.

Pemuda yang tua.

Pemudi yang keterlaluan.

Ustaz yang mencari makan.


Nantikan huraiannya insyaallah....

Minda Itu Bagaimana...?

Ketika kekalutan UG yang menggentarkan jiwa peribumi Malaysia, mereka hanya bersahaj membincangkan bisnes 'masa depan'. Menghadiri kuliah dan pulang tanpa cerita. Sekali imbas, hinanya mereka, selepas kaya dengan wang berjuta, beramal mencari syurga tanpa menoleh ke belakang, melihat dan menghulurkan tangan kepada yang meminta.

Di rumah, bancuh teh herba, dengan sedikit gula, menonton berita. Usai, mengadap sekejap dihadapan komputer dan menjawab panggilan. Makan minum dan tidur.

Aduh. Inikah minda mereka yang pernah berjasa kepada Malaysia suatu ketika dahulu...?

Namun, apa disebaliknya?

Walaupun hanya setengah jam cuma saya bersama mereka, sewaktu memohon sponsor tempoh hari, pengalaman itu cukup baik dan berharga. Mungkin lebih berharga dari sebuah Tamrin 3 hari.

Hidup yang simple itu menggambarkan bahawa segala yang berlaku adalah ditangan mereka. Segalanya dalam perancangan, dalam kawalan.

Bagaikan pemain wayang kulit yang mencaturkan wayang politik di Malaysia.

Budak Baju merah, Tok Ayah...semuanya yang saya 'tak kenal'. Namun tahu akan posisinya. Bukan konspirasi atau fantasi.

Namun baiknya. Mereka mahukan islam menapak di Bumi ini..! Tak dapat saya bayangkan andai mereka masih sekularis yang totok....

Bagaimana andai mereka masih menyokong KeRAJAan...tak dapat saya bayangkan, dengan senta apakah (secara sunnatullah ) ISLAM akan emnghadapi mereka.

Bayangkan andai seorang tua yang berada di Pondok menadah kitab, tapi dialah yang mencetuskan konspirasi yang meruntuhkan THAGHUT...

Aduh, minda apa sebegini...?

Dan saya masih waras ketika memetik keyboard saat ini.

Mungkin benar, andai mahukan kader yang mahir siyasi..pedulikan tamrin, asuhkan mereka bersama warga tua yang pencen dari jawatan tinggi kerajaan...Jangan yang lama, yang baru..mungkin 2 atau 3 tahun kebelakangan..meraka ada MINDA ITU.

Minda ITU BAGAIMANA...?

Komen Anda Alah Buah Tangan Terbaik [Hasanhusaini]

Ahad, 21 Jun 2009

Dakwah Roti Canai

Sejak seminggu kebelakangan, saya jarang menulis. Jarang juga membaca. Mujur ada tugasan yang diminta untuk diselesaikan, akhirnya saya menjamah semula laptop BENQ S41 yang sudah semakin usang dimamah usia.

Kalau 7 bulan yang lalu, laptop saya berada ditangga teratas ranking laptop terpower, kini ia mungkin hanya di tangga ke sepuluh, malah mungkin lebih.

Cepat sungguh perubahan di dunia digital. Saya tidak lagi mampu mengingati senarai harga dan siri laptop atau komponen komputer yang dikeluarkan.

Saban hari, senarai harga bertukar, begitu juga senarai produk baru! Seiring dengan itu, perkembangan IT, teknologi maklumat juga berkembang pesat. Selaju angin bertiup, tanpa terasa, teknologi itu sudah jauh ke depan menjangkau produk baru P1, sedang saya masih dengan daily broadband 384kbps. Malah yang selalunya, saya menumpang wifi percuma di mana yang boleh.

Justeru, perkembangan ini meminta kita supaya memberi respon yang betul terhadap cabaran yang timbul. Silap memberi respon yang bertepatan bermakna kita ( dakwah kita ) akan ketinggalan di belakang.

Siapa sangka bahawa internet kini menjadi media yang cukup ampuh untuk menybarkan maklumat. Siapa sangka ini akan berlaku 10 tahun yang lalu.

Jika ada yang menjawab, YA, saya dengan ini menucapkan tahniah keranan anda mempunyai daya intuisi yang cukup tajam. Yang tinggal. Adakah tindakan anda setajam intuisi tersebut.

ROTI CANAI

Makanan inilah yang sedikit mengikat saya kebelakangan ini. Malam menguli dan mengadun tepung, pagi menebar dan membakar, petangnya pula menjual.

Penuh jadual harian dengan roti canai.




Asasnya Cuma gandum dan air, namun ia diminati ramai. Tepung gandum yang dicampur air setelah dibakar mampu mencecah harga RM 1.00 sekeping.

RESIPI ROTI CANAI

2 kg Gandum (berkualiti) 750 ml air – dibubuh sedikit garam dan gula.
2 sudu minyak sapi
Sebiji telur
-kesemua bahan di atas digaul rata dan tinggalkan selama 5-10 minit dan digaul semula selama 2 minit. ( ulang beberapa kali sehingga lembut dan gebu)
Setelah gebu, adunan tadi di uli kecil, sebesar bola ping pong atau lebih dan dibalut dengan majerin untuk diperap semalaman sebelum dibakar.
Siaplah asas bagi sekeping roti canai. FUNDAMENTALIS.

ROTI CANAI KONTEMPORARI

Sepuluh tahun yang lepas, saya hanya mengenali roti kosong dan roti telur.

Bagaimana sekarang?

“Abang, roti boom satu..”

“Mamak, roti telur bawang satu, sardin bawang satu”

“Roti Pisang siap”

“Roti banjir ni di meja mana?”

“Saya nak roti tisu dua”

“Roti planta satu, roti double dua”

“Roti cotek separuh masak satu”

Aduh. Beraneka ragam, nama dan rasa. Roti canai kini tak seperti dulu. Pelbagai aksesori dikenakan.

Sardin, planta, telor, bawang, ayam, kari malah PISANG. Boleh ke?

Ya, boleh selagi ROTI CANAI yang fundamentalis tidak berubah. Airnya cukup, garamnya ada dan masih menggunakan gandum, bukan tepung beras atau tepung pulut.

Selagi yang fundamentalis itu tidak berubah, maka fikrah dan aqidah roti canai tetap utuh dan kukuh.

Saya tersenyum mengenangkan itu sewaktu menebar roti canai. Lenguh di kaki lantaran menebar lebih seratus keping roti berseorangan hilang.

Perkembangan ini juga turut terasa di ceruk kampung malah di desa terpencil dan felda. Warung-warung yang diusahakan oleh pakcik dan makcik untuk mengisi kekosongan hidup telah menwarkan menu yang lebih mengancam. Bukan hanya setakat kosong dan telur.

Tanpa menafikan ada segelintir yang masih berdegil enggan merosakkan ‘nilai sebenar’ roti canai. Masih utuh prinsipnya untuk mepertahankan yang tradisi itu.

“ Pak cik tak akan ubah resipi roti ni...cara ni sudah turun temurun diwarisi sejak nenek monyang lagi.” Seorang pak cik mempertahankan prinsip yang telah menjumudkannya.

Hasilnya, warung beliau hanya dikunjungi warga pencen sekitar bangsal jualannya. Mungkin mereka yang tidak mampu mengayuh jauh sahaja yang singgah menyantap menu tradisi itu.

Sedang anak-anak muda dan generasi baru sudah mecuba resipi yang jauh lebih istimenwa pada sekeping roti canai.

Lebih malang, cucu cicit pak cik itu berselera menyantap roti canai sardin di restoran mamak, sedang pak cik malang masih dengan menu tradisinya di warung usang.

ROTI CANAI.COM

Era ini lebih maju meninggalkan mereka yang enggan berubah dan mencuba jalan baru yang lebih baik.

Roti canai di dalam internet? Ya, ia melangkah lebih maju, bukan hanya diwarung, restoran dan hotel, tapi di udara dlam gelombang teknologi maklumat.

Ini baru sebenarnya cybercafe...roti canai dijual di sini.

Bagaimana kaitannya dengan dakwah?

Mari sama-sama kita fikir-fikirkan wahai teman-temanku..

Pautan yang berkaitan yang menarik : Marwan Bukhari

Komen anda adalah bauh tangan terbaik : [hasanhusaini]

Ashabul Ukhdud : MANA RAHIB?


Ashabul Ukhdud di IKBN

Sabtu Pagi.

Saya bersiap dengan persiapan yang terbaik untuk menyumbang manfaat kepada teman sebaya saya, para penuntut Intitut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Bharu.

Jiran yang jarang-jarang berjumpa, apatah lagi untuk berbicara.

Tajuknya : Ashabul Ukhdud.

Kisah yang menjadi motivasi kepada para pemuda yang menelusuri jalan dakwah.

Kesimpulan yang biasa kita dengar dari kisah tersebut, bahawa dakwah amat merindukan sentuhan pemuda.

Bahawa dakwah mengandungi mehnah dan tribulasi. Kebiasaan masalahnya berpunca dari penguasa yang digambarkan dalam hadith ini sebagai ‘Malik’ yang mencabar kuasa RABB. Bahawa MALIK ( dibaca penguasa ) itu kebiasaannya bermasalah dengan MALIK yang HAQ.

Bahawa mereka kebiasaanya mempunyai ahli sihir ( penasihat @ pemikir ) yang menjadi penunjuk jalan.

Bahawa ramai pemuda dakwah lahir dari rahim Musyrikin seperti yang berlaku di alam realiti, ramai para pejuang dakwah lahir dari rahim Ireland, Jepun dan UK, tidak lagi di Azhar atau bumi Syam.

Bahawa pemuda itu, sifatnya ingin TAHU, sentiasa MAHU dan kebanyakkannya MAMPU untuk melakukan segalanya kerana fizikalnya yang kuat dan mentalnya yang segar.

Maka, saya susun sebaiknya plot yang disabdakan Nabi dalam Hadith yang dirakamkan bernombor 3005 di dalam Sahih Muslim.

Bermula dengan kebimbangan Ahli Sihir tentang generasi pelapisnya, dan Ghulam pula terpilih untuk dilatih untuk menguasai sihir dan ilmu yang berkaitan dengannya, supaya nanti, Ghulam tersebut bakal dinobatkan sebagai Ahli Sihir Diraja.

Perumitan bermula apabila Ghulam tertarik dengan ajaran Rahib yang mengajak kepada pembukaan MINDA.

Minda yang jumud tak akan tertarik untuk menyembah sesama manusia.

Perumitan naik ke tingkat seterusnya apabila Pihak Istana dan Ibubapa Guhlam sering memarahi beliau lantaran sentiasa lewat samapai ke kelas pengajian sihir dan lewat pulang ke rumah, kerana sentiasa duduk dalam halaqah bersama Rahib.

Lantas Ghulam MENGADU kepada Rahib tentang masalah yang dihadapi.

Rahib terpilih menjadi alternatif terbaik kepada Ghulam untuk menyampaikan isi hatinya.

Dipendekkan, akhirnya Ghulam diuji dengan beberapa ujian yang kahirnya menjadi bukti bahawa ajaran Rahib adalah ajaran yang benar.

Haiwan yang menghalang jalan berjaya dibunuh.

Penyakit yang disembuhkan dengan rahmat Allah.

Konspirasi untuk membunuh Ghulam di laut dan puncak gunung tergendala. Gunung bergegar membunuh pegawai Istana yang ditugaskan. Laut pula menelan mereka dengan rakus tanpa belas kasihan.

Plot berada di kemuncak apabila Ghulam digantung pada tiang untuk dibunuh dengan nama TUHAN GHULAM. Lantas Ghulam meninggal dunia asbab panahan dari raja dan Izin Tuhan GHULAM.

Masyarat yang menyaksikan kejadian itu beriman dengan Allah, meninggalkan tuhan palsu mereka, MALIK. Akhirnya, MALIK yang susah untuk sedar diri terus mengamuk dan membunuh rakyatnya dengan menghumbankan mereka ke dalam parit api ( Ukhdud ).

Dengan mengubah sedikit pendekatan, penceritaan sejarah itu mendapat sambutan yang membanggakan saya. Para pelajar IKBN Peretak khusyuk meneliti setiap butir yang saya tuturkan tanpa menafikan ada juga yang lentok dan tertidur.

Usai sesi UKHDUD THE MOVIE, saya membuka sesi dua hala.


Ust, mana Rahib utk kami?

SIAPA RAHIB

Seorang pelajar bangun bertanya :
“Ustaz, saya cukup terkesan dengan ceramah ustaz, saya juga dapat mengambil iktibar dari ‘tabiat’ raja, tabiat pemuda, tabiat Rahib, ibubapa, pihak pengajar, semuanya kena dengan dunia realiti kita, tapi satu saja yang saya musykil, siapa yang akan memegang peranan sebagai rahib yang sudi untuk mendengar rintihan pemuda? ”

Aduh.

Sesuatu yang cukup berat untuk dijawab. Di mana rahib pada zaman ini?

Rajanya masih berperangai sama.

Ibubapa juga begitu.

Pihak sekolah dan warga pendidik pun sama.

Pemuda pun masih tak berubah.

Namun kita miskin RAHIB. Miskin mereka yang FAHAM AGAMA yang sudi menjadi pendengar setia dan pembuka jalan alternatif kepada pemuda.

Kerana rialiti hari ini yang pahit untuk ditelan, AGAMAWAN tak sudi untuk mencemar duli bersama pemuda.

Maka, saya harus membuka satu lagi kertas kajian dalam masa terdekat.

Bagaimana menyeru rahib untuk bersama pemuda.

Siapa yang sanggup menyahut seruan ini?