Ahad, 31 Mei 2009

Fikirkan Sejenak

ZALIM
Along kurung pelanggannya yang gagal bayar hutang dalam stor.

BN kurung Speaker DUN Perak dalam stor.


SPM 10 subjek =

BM + MATE + SEJ + BI + BIT+ BIO + FIZ + KIM + EKON = Profesional

BM + MATE + SEJ + BI + BAT + PSI + PSQ + TAS + EKON = AGAMA

BM + MATE + SEJ + BI + BIT + BAT + PSI + PSQ + TAS + FIZ + KIM + BIO = Diharamkan. Golongan ini kebanyakannya akan menjadi pembangkang kerana mampu menimbang baik dan buruk profesional dengan nilai agama.

Fikir-fikrkan sejenak.

Semoga ianya menjadi zikir.

Mengingatkan kita bahawa hidup bukan hanya di Dunia.


Tinggalkan Komen Anda Sebagai Tanda Ingatan...Terima Kasih

Khamis, 28 Mei 2009

Selimut Ketakutan : Bicara Allah Kepada Kita




Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992) Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993) Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah remaja yang ditangkap pada tahun lepas juga meningkat berbanding 5,997 orang termasuk 2,889 pelajar pada tahun 2005. ‘‘Seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun ditahan sepanjang tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,545 adalah pelajar.(Sumber : Utusan Malaysia (17/02/25007)

DISELIMUTI KETAKUTAN : SALAH SIAPA

Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. ( al-Nahl – 112)

Jelas.

Punca pakaian ketakutan yang terpakai kepada kita pada hari ini adalah kerana kesalahan yang berpunca dari diri kita sendiri. Kufur dengan nikmat Allah.

Saya pernah berada di zaman awal 90-an. Terasa cukup aman pada zaman itu ( pada hemat saya yang berumur 23 tahun ) jika dibandingkan pada tahun 2009, cukup mengerikan.

Saya berasama adik beradik angkat peliharaan datuk acap tidur di beranda rumah dalam keadaan pintu besar tak berkunci.

Jendela rumah usang datuk hanya berselakkan pensel recycle sebagai pengunci.

Kunci motor wakaf tersangkut di handlenya 24 jam tanpa dicuri. Itu 15 tahun dahulu.

Pernah teringat satu kes pembunuhan yang berlaku sekitar awal 1992, riuh satu negeri dan tajuk itu terpampang di dada akhbar.

Riuh kerana jarang berlaku.

Realiti hari ini, berita bunuh sudah menjadi berita sisi dan terpampang saban hari. Seolah-olah iklan wajib dalam iklaneka.

Begitu jiga kes rogol, curi, rompak dan sebagainya.

LEBIH MENAKUTKAN

Lebih menakutkan ialah, majoriti yang terlibat dengan jenayah ini adalah REMAJA dan PEMUDA.

Golongan yang sepatutnya menjadi harapan untuk memikul tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang.

Statistik yang dikeluarkan amat menakutkan. Peningkatan kes jenayah meningkat saban tahun.

Jenayah remaja meningkat 100% sejak beberapa tahun kebelakangan ini.




Punca Masalah

.قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : كل مولود يولد على الفطرة ، فأبواه يهودانه ، أو ينصرانه ، أو يمجسانه

Sabda Rasulullah S.A.W : Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibubapanyalah yang bertanggungjawab untuk menjadikan anaknya itu Yahudi, Nasrani ataupu Majusi.

IBUBAPA

Faktor terbesar tidak lain ialah ibu bapa. Guru pertama dan merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Ibubapa yang tanpa segan silu mengaku bertanggungjawab membesarkan anak-anak, padahal hanya mencontohi monyet menyusukan anak sahaja.

Masakan tidak, hanya nafkah, makan minum, tempat tinggal serta pakaian sahaja yang diambil berat. Yang lainnya diserahkan secara ‘tawakal’ bahawa anak itu akan menjadi baik secara natural.

Belum dikira ibu bapa yang bekerja siang malam tanpa sempat untuk menilik mata anak-anak.

Mesra dengan pelanggan dan menyinga dengan anak-anak.

Spiritual Vaccum.

Anak-anak sebegini akan mengalami kekosongan rohani lantaran tidak diasuh dengan ajaran islam disamping ketandusan kasih sayang ibu dan ayah.

Pepatah arab ada menyatakan : kekosong jiwa pemuda akan membunuhnya.

MASYARAKAT TIDAK PEDULISME

Trend masyarakat hari ini yang mengambil sikap aku tidak pedulisme cukup menyedihkan. Bahkan sikap sedemikian juga menjadi pemangkin terbesar ke arah kebejatan gejala sosial dan jenayah meningkat dengan mendadak. Falsafah tidak boleh jaga tepi kain orang harus dihapuskan secepat mungkin.

Kesedaran harus dibina bahawa dalam bermasyarakat, setiap individu berperanan dalam menjaga individu yang lain. Kegagalan dalam mepraktikkan amalan tegur menegur akan mengundang bala Allah sepertimana yang telah terakam dalam Al-Quran tentang kaum Bani Israel yang dilaknat Allah lantaran sikap mereka yang tidak menjaga tepi kain orang.

78. Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. 79. Mereka satu sama lain selalu tidak saling melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.. ( Al-Maaidah – 78-79)



ROGOL DAN PENYELESAIANNYA

Sebelum mengkhiri penulisan, saya ingin mencelah dengan sedikit kajian ringkas, namun tidak malu untuk saya nyatakan bahawa seandainya cadangan ini dipraktikkan, nescaya masalah ini dapat diselesaikan.

Rogol semakin menggerunkan. Perempuan dan wanita berada dalam zon yang tidak selamat. Meski dalam rumah sendiri.

Apa tidaknya apabila ayah dan datuk sanggup merogol anak dan cucunya?

FORMULA AL QURAN

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ahzab – 59)

Tutup aurat

Secara logiknya, apabila terdedah sana-sini, maka ianya akan mengundang mata untuk memandang dan memerhati. Dari mata turun ke hati. Andai hati baik, pandangan itu dialihkan dan ditundukkan, namun jika hati busuk, maka pandangan itu akan menyalakan api nafsu dan ghairah.

Kemarakan nafsu akan dihasut oleh syaitan yang sentiasa mengintai. Justeru, tidak mustahil anda akan dirogol bila-bila masa lantaran aurat yang terdedah, itu.

Ayat di atas, Allah menjanjikan untuk menyelamatkan mereka yang bertudung dengan lafaz, “ karena itu mereka tidak di ganggu”.

Mungkin secara logiknya susah untuk kita terima formula tersebut. Namun kita harus ingat bahawa itu janji Allah.

Janji itu adalah janji Allah. Dan Allah itu tidak pernah memungkiri janji.

Islam is The only solution.

Rabu, 27 Mei 2009

Impian ku

Suatu hari, saya termenung usai solat asar di Jeti kayu di Tasik DQ.

Pelbagai persoalan cuba saya rungkaikan di gigi air yang tak cemuh mencari jalan ke hilir. Biar apa yang merintang, ia hanya cabaran, bukan halangan.

Semangat inovatif air disedari hasil provokatif naqib saya, Ust Idris yang senantiasa konstruktif dalam membina anak-anak usrahnya. Provokasinya sentiasa menjadi sumber inspirasi dan menjadi motivasi.

“ nta kena manjadi seperti air mangalir..sentiasa kareatif, inovatif mencari haluan untuk terus mengalir ke hilir..hasilnya, air ini adalah air yang bermanfaat. Tak seperti air bertakung yang saban hari makin keruh dan keruh”, usrah di tepi Alor Lempah sungguh memberi kesan sehingga hari ini.

Mendamba ketenangan tasik, saya memerah untuk menyusun beberapa puzzle yang kabur. Masa depan para penghafal kod etika yang paling ulung, formula perundangan yang paling canggih dan lengkap, iaitu manual operating untuk menjaga manusia dan alam – Al Quran.

Saya hidup dalam suasana yang tenang dan dikelilingi para penghafaz Al Quran. Harusnya saya bergembira kerana dikelilingi ahli syurga di taman syurga ini. Ironisnya, saya bersikap sebaliknya.

Saya lebih banyak murung, berbanding senyum. Tambahan pula, senyuman semakin menghilang ditiup badai taklifat sebagai Yang Dipertua. Berada dikerusi setinggi itu, semakin banyak suasana yang tidak selesa yang dapat saya lihat dan perhati.

Murung mengenangkan potensi besar yang tak mampu dimanfaatkan secara total. Entah apa yang menjadi pembantut.

Bimbang dengan harapan sahabat pimpinan dari Kolej dan Universiti di luar sana yang mengidamkan bintang-bintang serta mutiara berharga bakal terbit dari ufuk timur di kaki bukit Kuala Kubu Bharu.

Kehilangan semangat menambah maklumat cukup membimbangkan.

Akhbar yang dilanggan di maktabah hanya lumat dibahagian sukan.

History di Internet Explorer tinggalan hasil carian yang tidak bermanfaat. Lebih teruk, yang boleh diistilahkan sebagai maksiat.

Saya cukup cemburu dengan sahabat pimpinan lain yang mampu menghasilkan produk yang bermutu, mampu menguasai perlembagaan, menguasai undang-undang, kaunseling, psikologi, pakar strategik dan sebagainya.

Sedang kampus saya ‘hanya’ berbangga dengan Al Quran.

Kalimat ‘Hanya’ bukan untuk merendahkan martabat Al Quran, namun sedih dengan prestasi penghafalnya.

Mungkin saya tidak patut untuk menaruh harapan tinggi saya untuk mereka pikul. Namun begitulah impian saya. Mengimpikan suatu hari nanti, lahirnya huffaz yang mampu menguasai perlembagaan negara, menguasai kerenah birokrasi lantas mengatasinya.

Menguasai dua ilmu penting, ilmu akhirat dan kepakaran dunia.

Seperti harapan Ustaz Yusuf Rawa ketika dalam ucapan dasarnya mencanangkan – dewan ulama dan intlektual - maka saya pada hari ini mengimpikan huffaz intelektual yang bakal merobah masa.

Namun, sahabat saya masih terpenjara dengan dunia qiraat dan tarannum, lupa kepada kebobrokan serius di luar sana yang memerlukan perawat yang mahir dengan bidang tersebut.

Perawat undang-undang.

Perawat rasuah.

Perawat sistem muamalat.

Perawat keruntuhan akhlaq.

Saya mengidamkan penghafal dan pengKAJI formula ulung akan menjadi perawatnya.

Kita jangan hanya mampu berbangga dengan Us Tahir yang merupakan pegawai Al Hafiz yang paling tinggi S-nya di JAKIM. Bahkan kita perlu melihat lebih jauh ke hadapan.

Sejauh ajaran islam yang mengajak penganutnya melihat akhirat sejak di dunia lagi.

Tanamlah impian untuk mengganti Najib.

Tanamlah impian untuk mengganti Dr Zahid yang telah mengundur diri dari berdebat secara jantan.

Tanamlah impian untuk menggantikan juga Khairi yang kian disingkirkan.

Tanamkan juga impian untuk Menggantikan Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.

Kerana kita adalah generasi Al-Quran unik yang dinantikan Syed Qutb.

Tanamlah impian untuk menjadi Khalifah, kerana kita pemuda pemimpin masa depan.

Alangkah bagusnya jika impian itu menjadi kenyataan.

Semoga generasi selepas saya lebih terbuka dan mampu memecahkan benteng penjara tersebut.

Sembah patik pohon Durhaka.


Dalam bulan ini dua individu penting dalam oranisasi pemerintahan Malaysia jatuh sakit. Salah satunya Paduka Tuanku Sultan Kelantan yang gering akibat serangan jantung.


Baginda dirawat di HUSM Kubang Kerian. Alhamdulillah. Kerendahan diri Tuanku amat patik sanjungi. Tuanku tidak meminta untuk dirawat di tempat-tempat ekslusif sepertimana raja-raja sebelum ini. Tuanku lebih suka untuk bernaung di bawah bumbung yang sama turut menaungi rakyat-rakyat tuanku.


Ampun tuanku beribu ampun.

Namun hari ini patik merasa teramat sedih. Duka dengan kegeringan tuanku ditambah dengan duka tuanku meninggalkan rakyat untuk berubat di Singapura.

Patik pohon sembah durhaka Tuanku!

Patik yang lemah ini ingin menyampaikan pandangan patik dalam hal ini. Dengan kedudukan tuanku selaku ketua agama islam di Negeri yang kita sanjungi ini, patik mohon sembah untuk tuankut tilik seketika bagaimana halnya pemerintah ulung islam seketika dahulu.

Bagaimana dengan halnya Rasulullah?

Bagaimana dengan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali?

Bagaimana pula dengan Umar Abdul Aziz?

Ampun Tuanku Beribu ampun. Patik sembah durhaka dengan keputusan tuanku untuk berubat di negara jiran.

Rakyat tuanku amat sayangkan tuanku, masakan tuanku tidak yakin dengan rakyat sendiri sehingga sanggup mencemar duli menagih simpati dari Singapura?

Ampun Tuanku Beribu ampun.

Patik mohon tuanku renungi kata-kata Umar Al Khattab :

“ seandainya rakyatku kelaparan, maka akulah orang pertama merasainya, jika rakyatku kekenyanyan, maka akulah orang yang terakhir untuk menikmatinya."

Mulia sungguh sifat umar R.A yang menjadi contoh tauladan tuanku.

Tuanku, renungkan juga firman Allah :

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Pada hemat patik, tidak bagus untuk Tuanku berubat di Singapura sedangkan tuanku masih punyai tenaga kemahiran dan kelengkapan yang mencukupi di negeri tuanku. Tenaga dan kemahiran ini tak patut untuk tuanku bazirkan.

Seandainya kelengkapan di sini tidak mencukupi, bukankah lebih baik tuanku lengkapkannya dangan titah mulai tuanku, moga-moga rakyat tuanku juga turut merasainya.

Patik tertarik untuk mengisahkan cerita al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya Al-Malik Al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Lalu ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.

An-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Hal itu kerana harta kekayaan istana masih belum digunakan.

Lalu An Nawawi berkata,

“Apakah telah habis harta kekayaan di istanamu? Apakah telah tuanku gadaikan segala kekayaan tunaku sehingga tuanku sanggup meminta kekayaan rakyat. Demi Allah, say tidak akan memberi fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat sehingga tuanku menghabiskan dahulu harta tuanku, maka ketika itu, jika masih tidak mencukupi, patik akan membenarkannya.”

Patik pohon sembah durhaka tuanku.

Masih ramai rakyat tuanku yang melarat dan tidak mampu membeli ubat sekalipun yang patut diambil perhatian. Kasihanilah dan bantulah mereka setidaknya sebelum tuanku menyakitkan hati mereka dengan mendapatkan rawatan kelas pertama sedang mereka hanya mampu mengusapkan kesakitan itu dengan tangan mereka yang kian lemah dimamah kesakitan dan kelesuan. Sedang merak tidak mampu membeli ubat sekalipun, tuanku.

Sembah dari Patik,

Rakyat Kelantan dibawah payung pemerintahan tuanku.

Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min.
Patik pohon sembah durhaka Tuanku!

Baca juga : Siapa yang membazir, siapa yang patut berjimat

Selasa, 26 Mei 2009

Malu La DR ZAHID



Aduh, memalukan sungguh. Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang pernah menyelia Jakim dan DQ, juga merupakan Naib Presiden Umno menarik diri dari berdebat dengan Naib Presiden Pas, Dato' Paduka Husam Musa.

Persepsi pertama dari jutaan rakyat pastinya meruntuhkan maruah UMNO. Memang meruntuhkan.

Imbalan dari itu, markah Dato Paduka Husam pasti naik untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden Pas.

Namun, saya secara peribadi cukup sedih dengan penarikan diri NAIB PRESIDEN UMNO. Sedangkan dengan individu yang sama, dengan tajuk yang juga BESAR, Khairi yang kini sebagai Ketua Pemuda UMNO berdepan secara anak jantan di kubu kuat Pas, Kelantan.

Entah berapa kosong UMNO dipalu mutakhir ini. Sedih.