Khamis, 16 Jun 2011

Tun Sri Lanang Menulis...


Semalam, saya berdiskusi dengan beberapa teman pulang bercuti sempena cuti sekolah yang panjang. Ternyata, ruang dan peluang ini amat bermakna. Beberapa surah diambil sebagai bahan kajian. Sasarannya adalah sikap watak yang ditonjolkan dalam kisah Al-Quran itu. Sikap Yusuf dan adik beradiknya menjadi tema utama. Syarahnya, sikap Maharaja Zulqarnain dan kaumnya pula menyusul. Akhirnya, disedut sedikit sikap raja yang zalim dalam kisah Ashab Al-Ukhdud.

Sebelum bersurai, seorang teman yangsedang meneruskan pengajian sasteranya di peringkat M.A mencelah. "Sastera Melayu ada mencatat kisih sepersis ini ".

"Ya, karya Tun Sri Lanang, Singapura dilanda Todak!", Sambung seorang lagi.

Khamis, 2 Jun 2011

Mengapa IM Mesir perlu belajar dari PAS?

Mengapa Ikhwanul Muslimin Mesir perlu belajar dari PAS?


Apa pun perkembangan terkini pasca-thawrah (revolusi) yang telah berlaku di Mesir, sesuatu yang tidak boleh disangkal ialah peranan yang bakal dimainkan oleh pertubuhan Ikhwanul Muslimin (IM) di dalam lanskap baru politik Mesir. Walaupun mereka menolak untuk bertanding di dalam pemilihan presiden dan juga menolak kemungkinan untuk mendapatkan majoriti di dalam parlimen Mesir menjelang pilihanraya umum yang akan diadakan, sesuatu yang hampir pasti, sesiapa pun yang akan memerintah Mesir nanti, IM hampir pasti menjadi sebahagian darinya. Memandangkan kebanyakan parti politik di Mesir mempunyai keterbatasan masing-masing dari segi saiz dan sokongan rakyat, tidak dapat tidak, kerajaan baru yang akan dibentuk pasti merupakan kerajaan koalisi. Apapun koalisinya, sesuatu yang pasti IM pasti akan menjadi sebahagian daripada koalisi tersebut. Ibarat perumpamaan Inggeris, IM pasti akan menjadi ‘sausage in the hotdog’ atau ‘beef in the plate’. Demi menempuh realiti yang bakal menjelang nanti, IM perlu belajar dari pengalaman gerakan Islam lain, terutamanya di dalam hal berkoalisi, mentadbir dan juga hubungan dengan non-Muslim. Meskipun sesetengah tokoh IM sibuk merujuk kepada pengalaman Turki, namun sebuah lagi gerakan Islam yang tidak kurang dinamisme dan pengalaman di dalam persada politik yang tidak patut diketepikan, iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Sabtu, 28 Mei 2011

SAINS FOTOGRAFI


Sekeping potret, apabila ia mula berbicara, pasti tewas segala untaian kata, mahupun cerca nista atau puji puja. Ialah tulisan, ialah kata, ialah bisikan, ialah bicara. Itulah 'mukjizat' teknologi hari ini, FOTOGRAFI. Seorang Presiden boleh dijatuhkan hanya dengan penyaksian sekeping potret. Seorang Perdana Menteri, boleh dimasyhurkan hanya dengan bicara sekeping potret.

Potret mampu mengukir senyuman dibibir gersang. Potret juga mampu menimba air mata dari telaga jiwa.

Jumaat, 27 Mei 2011

KABINET MPPMJ SESI 2011/2012

Kalian adalah jentera yang terbaik untuk memimpin MPPMJ sesi ini. Kami pastinya akan melihat sinar dedikasi cemerlang tidak lama lagi. Seeru 'ala baraktillah.

Isnin, 2 Mei 2011

Prolog Muktamar MPPMJ 2011



1424 tahun dahulu, Rasulullah melantik Zaid Bin Harithah untuk mengepalai operasi ketenteraan ke atas Rom di Negeri Syam. Andai Zaid gugur syahid, Jaafar Bin Abu Thalib akan menggantinya. Kemudian, tatakala Jaafar gugur dengan tangan yang sudah kudung dan lebih 70 tetakan pedang, Abdullah Ibn Rawahah pula bangkit mengepalai tentera Muslimin. Wasiat Rasulullah dengan riwayat yang sahih hanya terhenti di situ. Tidak dinamakan, siapakah yang akan menggantikan Abdullah Ibn Rawahah.